Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Photos editing AI

3 Ciri Google Photos AI Baharu Kini Tersedia Untuk Android Dan iPhone, Ini Cara Gunanya

Diterbitkan Ogos 5, 2024 · Dikemas kini Ogos 5, 2024 oleh ariff bukhari

Google telah mengumumkan bahawa ciri suntingan imej dikuasakan kecerdasan buatan (AI) di aplikasi Google Photos kini tersedia untuk pengguna Android dan iOS.

Ciri ini sebelum ini hanya tersedia di telefon pintar Pixel sahaja dan memerlukan pengguna melanggan Google One.

Tetapi kini dalam blog rasmi mereka Google memaklumkan, ciri tersebut kini tersedia ditawarkan untuk semua menggunakannya.

Terdapat 3 ciri AI dalam Google Photos yang boleh dimanfaatkan anda:

1.  Magic Eraser

Magic Eraser membolehkan anda menghapuskan sebarang subjek atau objek yang tidak diingini dalam imej.

Berikut adalah cara menggunakan Magic Eraser:

  • Buka aplikasi Google Photos
  • Pilih gambar dan tap Edit

Magic Editor

  • Kemudian tap Tools dan anda boleh lihat ikon Magic Eraser

Magic Eraser

  • Selepas itu, anda boleh memadam subjek dalam gambar yang ingin dibuang. Lihat contoh rajah di bawah.
Magic Eraser
Sebelum.
Magic Eraser
Selepas.

2. Magic Editor

Magic Editor adalah ciri AI yang membolehkan anda mengedit imej anda bagi mengalihkan elemen tertentu dalam foto.

Magic Editor

Dengan Magic Editor, anda boleh meletakkan elemen tersebut di tempat lain dalam imej, dan AI akan menjana latar belakang baharu menggantikannya.

Magic Editor
Magic Editor
Magic Editor

Walaubagaimanapun untuk ciri Magic Editor ini, anda boleh mengedit sehingga 10 gambar sahaja setiap bulan.

Untuk menggunakan ciri ini tanpa had, anda perlu melanggan pelan Google One Premium.

 

3.  Photo Unblur

Satu lagi ciri AI yang baru dalam Google Photos adalah Photo Unblur yang mencabar AI untuk menyahkaburkan imej.

Photos Unblur
Sebelum.
Photos Unblur
Selepas.

Aplikasi Google Photos boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store dan Apple App Store.

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Pelanggan Yes 5G Boleh Nikmati Harga Istimewa Untuk Pas Penstriman sooka

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY