Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI Kini Dipacu AI, Mudahkan Akses Bahan Rujukan Digital

Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI Kini Dipacu AI, Mudahkan Akses Bahan Rujukan Digital

Diterbitkan Mei 19, 2026 · Dikemas kini Mei 19, 2026 oleh ariff bukhari

Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus menerajui agenda pendigitalan pendidikan negara apabila melancarkan tiga inovasi digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) iaitu Pembantu Digital atau Chatbot AI (B.U.D.I), Katalog Akses Awam Bersepadu Pelbagai Sumber (MinPAC) dan Repositori Pengurusan Pengetahuan (uMIND).

“Pelancaran uMIND, MinPAC dan B.U.D.I. merupakan komitmen PTB dalam memenuhi keperluan generasi masa kini yang menuntut akses maklumat yang cepat, tepat dan mudah dicapai.” Ketua Pustakawan PTB, Noriha Muhammad.

Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI Kini Dipacu AI, Mudahkan Akses Bahan Rujukan Digital

uMIND dibangunkan sebagai repositori pengetahuan dan memori korporat universiti yang menghimpunkan pelbagai bahan ilmiah serta dokumentasi penting institusi.

Platform ini menyediakan fungsi ‘Smart Search’ dan ‘Full Text Search’ bagi memudahkan pengguna mengakses bahan seperti perkongsian ilmu, sejarah lisan, dokumentasi pencapaian universiti dan arkib program akademik.

Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI Kini Dipacu AI, Mudahkan Akses Bahan Rujukan Digital

“uMIND bukan sahaja memelihara warisan intelektual universiti, malah memudahkan penyelidik dan warga kampus memperoleh bahan rujukan digital secara sistematik,” katanya.

MinPAC pula dibangunkan sebagai sistem carian bersepadu yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai sumber perpustakaan melalui satu platform tunggal termasuk buku fizikal, tesis, artikel dan pelbagai bahan digital lain.

Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI Kini Dipacu AI, Mudahkan Akses Bahan Rujukan Digital

Sementara PTB B.U.D.I yang menggunakan teknologi Custom GPT berfungsi sebagai pembantu maya interaktif bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat berkaitan perpustakaan di mana pengguna boleh berinteraksi secara terus dengan B.U.D.I.  untuk mendapatkan bantuan pencarian bahan rujukan, menyemak waktu operasi perpustakaan, panduan perkhidmatan serta berhubung dengan pustakawan melalui fungsi sembang langsung.

Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI Kini Dipacu AI, Mudahkan Akses Bahan Rujukan Digital

Pelancaran ketiga-tiga platform ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha mengubah kaedah capaian maklumat warga universiti daripada sistem tradisional kepada persekitaran digital yang lebih pantas, responsif dan bersepadu.

Ia sekali gus memperlihatkan usaha Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI mentransformasikan perkhidmatan perpustakaan ke arah lebih mesra pengguna dan selari dengan perkembangan teknologi AI semasa.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • AI Akan Musnahkan Masa Depan Kanak-Kanak - Ahli Psikologi
  • Zeekr Kini Jenama EV Premium No.1 Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
©2026 WISER.MY