Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zeekr, No.1 Premium EV Brand

Zeekr Kini Jenama EV Premium No.1 Di Malaysia

Diterbitkan Mei 19, 2026 · Dikemas kini Mei 19, 2026 oleh ariff bukhari

Zeekr muncul sebagai jenama EV premium No.1 di Malaysia bagi tahun 2026, hasil kejayaan model Zeekr 7X dan Zeekr 009 yang mendominasi segmen SUV dan MPV elektrik mewah.

Berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) April 2026, Zeekr telah mencatatkan 357 unit EV didaftar, menjadikan jumlah keselurahan sebanyak 1,214 unit EV mereka didaftarkan tahun ini, sekali gus mengatasi pesaing EV yang lain seperti Tesla.

Malah Zeekr menduduki tempat keempat keseluruhan dalam pasaran EV Malaysia.

Zeekr 7X, No.1 Premium Electric SUV
Zeekr 7X dinobatkan sebagai “SUV Elektrik Terbaik Tahun 2026” di Anugerah Kenderaan Terbaik Tahun Ini (VOTY) 2026.

Dalam tempoh kurang dua tahun sahaja, Zeekr telah berjaya menjual sejumlah 3,849 unit di Malaysia, dengan Zeekr 7X menyumbang 2,509 unit, Zeekr 009 sebanyak 1,166 unit dan Zeekr X 174 unit.

Zeekr dalam kenyataan berkata, kejayaan yang dicapai ini disokong oleh rangkaian 10 bilik pameran dan 4 pusat servis di seluruh negara.

Menurut Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu, pencapaian ini mencerminkan kepercayaan pengguna terhadap teknologi dan kemewahan Zeekr.

“Kami kekal fokus untuk mengembangkan kehadiran kami di Malaysia bagi menyediakan EV berteknologi mewah yang menggabungkan kemewahan mewah dengan teknologi pintar canggih bagi memenuhi keperluan pemandu Malaysia,”

Pengiktirafan ini sekali gus memperkukuhkan kedudukan Zeekr sebagai simbol mobiliti elektrik premium di Malaysia.

Berkaitan

  • Harga Zeekr 7X 2026 Naik Sehingga 1.8%, Kini Bermula RM182,800
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Zeekr 8X - SUV Hibrid Terpantas Dunia, Guna Seni Bina 900V

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY