Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Akan Musnahkan Masa Depan Kanak-Kanak – Ahli Psikologi

AI Akan Musnahkan Masa Depan Kanak-Kanak – Ahli Psikologi

Diterbitkan Mei 18, 2026 oleh ariff bukhari

Kemajuan kecerdasan buatan (AI) semakin mengubah cara manusia belajar, bekerja dan berinteraksi.

Namun di sebalik manfaat teknologi ini, semakin ramai pakar memberi amaran bahawa AI boleh membawa kesan besar terhadap perkembangan kanak-kanak serta masa depan masyarakat.

Itulah yang disuarakan oleh seorang psikologi sosial dan seorang profesor di Sekolah Perniagaan CERN New York, Jonathan Haidt.

Beliau yang juga merupakan seorang penulis buku terlaris, “The Anxious Generation” berpendapat, AI berpotensi membantu orang dewasa menyelesaikan tugasan dengan lebih pantas, tetapi situasinya berbeza bagi kanak-kanak.

Menurut beliau, proses pembelajaran memerlukan usaha berulang dan pengalaman sebenar yang membentuk kemahiran berfikir, disiplin serta daya tahan mental.

Tapi, AI kini mampu merumuskan buku, menyiapkan tugasan dan menghasilkan esei dalam masa singkat. Walaupun memudahkan kerja, Haidt memberi amaran bahawa pergantungan berlebihan terhadap teknologi boleh menggalakkan budaya jalan pintas dalam kalangan pelajar.

“Hei, ambil jalan pintas. Jangan tulis kertas itu. Jangan baca buku itu. Saya akan meringkaskannya kerana saya akan menulisnya untuk awak. Itulah resipi untuk kemusnahan mutlak modal insan dan kemusnahan perkembangan kemanusiaan masa depan.”

Jika kanak-kanak tidak lagi membaca, menulis atau menyelesaikan masalah sendiri, perkembangan intelek dan kreativiti mereka dikhuatiri terjejas.

Beliau turut menegaskan bahawa kanak-kanak membesar dalam era digital yang sudah dipengaruhi media sosial dan telefon pintar, yang dikaitkan dengan peningkatan masalah tumpuan, kebimbangan serta kesihatan mental.

“…perkara pertama yang mereka lakukan apabila bangun pada waktu pagi ialah memeriksa telefon mereka untuk pemberitahuan. Mereka tidak bangun dari katil. Dan apakah perkara terakhir yang mereka lakukan sebelum mereka menutup mata mereka pada waktu malam? Perkara yang sama. Ia telefon.”

Kehadiran AI yang lebih interaktif dan berkuasa pula berpotensi mempercepat perubahan tersebut.

Satu lagi kebimbangan yang disuarakan adalah hubungan manusia.

AI berbentuk chatbot dan teman maya mungkin menjadi “rakan” kepada kanak-kanak, tetapi ia tidak dapat menggantikan pengalaman sosial sebenar.

Tanpa interaksi manusia yang mencukupi, generasi muda mungkin gagal membina kemahiran komunikasi, empati dan hubungan yang sihat.

“Hubungan rapat adalah asas terpenting bagi kebahagiaan dan kemakmuran manusia. Dan memandangkan teknologi kita sedang memecahbelahkan kita, kita tidak mahu menguatkannya dengan membiarkan orang memutuskan hubungan antara satu sama lain”

Justeru, Haidt menyeru kerajaan, sekolah dan ibu bapa bertindak segera bagi melindungi perkembangan kanak-kanak.

Baginya, masa depan manusia bukan sekadar tentang teknologi yang semakin pintar, tetapi sama ada manusia sendiri terus membangun dengan kebijaksanaan, nilai dan kemanusiaan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Penyelidik Bangunkan "Cat Ajaib" Mampu Sejukkan Bangunan Dan Hasilkan Air Dari Udara
  • Syarikat Yang Bergantung Penuh Pada AI Berbanding Manusia Akan Memakan Diri - Gartner

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY