Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelabur Dilapor Sedang Pertimbang Saman Lembaga Pengarah OpenAI

Peranti Pertama OpenAI Mungkin Pembesar Suara Pintar Tanpa Skrin

Diterbitkan Julai 15, 2026 · Dikemas kini Julai 15, 2026 oleh Amalina Athman

Peranti pertama OpenAI untuk pengguna dijangka hadir dalam bentuk pembesar suara pintar mudah alih tanpa skrin.

Menurut laporan Bloomberg, produk berbentuk pembesar suara itu direka untuk berfungsi sebagai pelengkap AI yang menyerupai manusia untuk digunakan di rumah. Ia boleh mengawal aksesori rumah pintar (smart home), menjawab soalan, memainkan kandungan media, membalas mesej dan memanfaatkan pelbagai keupayaan yang ditawarkan ChatGPT.

Peranti yang masih dalam pembangunan itu turut direka untuk mempelajari tabiat pengguna dari semasa ke semasa supaya dapat memberikan pengalaman yang lebih diperibadikan dan proaktif. Ia juga menggunakan GPT-Live untuk berinteraksi dengan pengguna secara lebih semula jadi.

Selain itu, ia dikatakan akan dilengkapi kamera dan sensor lain bagi memahami persekitaran pengguna, elemen mekanikal yang boleh bergerak sendiri serta personaliti tersendiri untuk menjadikan interaksi lebih menyerupai komunikasi dengan manusia. Dengan bateri boleh dicas semula, peranti tersebut juga boleh dibawa ke mana-mana ruang di dalam rumah.

Though the new product resembles a speaker, OpenAI internally describes it as the first of its kind: a computer built for AI to help make busy people more productive. It includes a camera and other sensors that help it understand a user’s surroundings and context. https://t.co/MZMQfsxZyq

— Mark Gurman (@markgurman) July 14, 2026

Laporan ini muncul selepas beberapa hari Apple memfailkan saman terhadap OpenAI dengan mendakwa syarikat itu menggunakan rahsia dagangan miliknya ketika membangunkan produk berkenaan, termasuk teknik kemasan logam eksklusif. Apple turut memohon injunksi mahkamah yang, jika diluluskan, berpotensi menghalang OpenAI daripada melancarkan peranti tersebut.

Sumber yang mengetahui projek itu memaklumkan kepada Bloomberg bahawa peranti tersebut berbeza daripada mana-mana produk Apple yang ada di pasaran ketika ini dan tidak mungkin melanggar rahsia dagangan Apple. Walaupun Apple mempunyai HomePod dan HomePod mini, OpenAI dikatakan tidak menganggap kedua-dua pembesar suara itu sebagai pesaing langsung kepada produknya.

Menurut laporan sama, bahagian perkakasan OpenAI kini sedang membangunkan kira-kira lima produk berbeza, namun pembesar suara pintar itu dijangka menjadi produk pertama yang akan diperkenalkan. OpenAI menyasarkan untuk mendedahkan peranti tersebut pada tahun ini sebelum pelancaran rasmi pada 2027.

Namun begitu, perancangan itu masih bergantung kepada perkembangan proses undang-undang antara kedua-dua syarikat.

Berkaitan

  • OpenAI Dilapor Percepat Pembangunan Telefon AI, Mungkin Tiba Seawal 2027
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • OpenAI Lancar GPT-Live, Boleh Sembang Dan Mencelah Macam Manusia
  • OpenAI Lancar GPT-5.6, Model AI Baharu Lebih Pantas Dan Jimat Kos
  • Apple Saman OpenAI, Dakwa Curi Rahsia Dagangan Untuk Bangunkan Peranti Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
©2026 WISER.MY