Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI-wiser.my_2 (1)

OpenAI Dilapor Percepat Pembangunan Telefon AI, Mungkin Tiba Seawal 2027

Diterbitkan Mei 5, 2026 · Dikemas kini Mei 5, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI dilaporkan sedang mempercepat pembangunan telefon pintar pertama mereka yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan (AI), dengan sasaran pengeluaran besar-besaran seawal separuh pertama 2027 (1H27).

Menurut penganalisis Ming-Chi Kuo, langkah ini dipercayai didorong oleh dua faktor utama, iaitu perancangan IPO serta persaingan yang semakin sengit dalam kategori peranti ejen AI.

MediaTek ketika ini dilihat lebih berpotensi untuk menjadi pembekal pemproses tunggal, dengan peranti tersebut dijangka menggunakan versi tersuai Dimensity 9600, yang dibina menggunakan proses N2P TSMC pada separuh kedua 2026.

Spesifikasi utama peranti ini dikatakan tertumpu pada pemproses isyarat imej (ISP), dengan sokongan HDR yang dipertingkat bagi meningkatkan keupayaan memahami persekitaran dunia sebenar, atau bagaimana AI “melihat” melalui kamera.

Peranti AI ini dijangka menggunakan dua pemproses AI bagi mengendalikan tugasan berbeza secara serentak, selain memori LPDDR6 dan storan UFS 5.0. Dari aspek keselamatan, ciri seperti pKVM (protected Kernel-based Virtual Machine) dan inline hashing dikatakan sebagai sebahagian daripada reka bentuk tersebut.

“Jika pembangunan berjalan seperti dirancang, jumlah penghantaran gabungan bagi 2027 hingga 2028 boleh mencecah sekitar 30 juta unit,” kata Kuo.

Terdahulu, Kuo berpendapat kawalan penuh terhadap sistem operasi dan perkakasan adalah satu-satunya cara untuk syarikat itu menawarkan perkhidmatan ejen AI yang lebih menyeluruh.

【Industry Check Update】OpenAI appears to be fast-tracking its first AI agent phone, with mass production targeted as early as 1H27. Potential drivers include supporting a year-end IPO narrative and intensifying competition in AI agent phones. MediaTek currently appears better… https://t.co/wtumZ4XgA7

— 郭明錤|Ming-Chi Kuo (@mingchikuo) May 5, 2026

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • OpenAI Lancar ChatGPT Images 2.0 - Resolusi Sehingga 2K, Teks Lebih Jelas
  • OpenAI Perkenal GPT-5.5 - Digambarkan Kelas Kecerdasan Baharu, Lebih Pintar
  • OpenAI Perbaharui Perjanjian, Microsoft Tidak Lagi Pegang Lesen Eksklusif Model AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY