Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad pengenalan MyKad4_ featured image wiserMY 28082025_

Peralihan MyKad Generasi Baharu, Urusan Cetakan Dijangka Alami Gangguan Sementara 26 Hingga 31 Ogos

Diterbitkan Ogos 25, 2026 · Dikemas kini Ogos 26, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memaklumkan urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara bermula 26 hingga 31 Ogos 2026.

Menurut JPN, gangguan itu berlaku ketika pihaknya sedang melalui proses peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu.

Sehubungan itu, orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad dinasihatkan supaya menangguhkan sementara urusan tersebut sepanjang tempoh berkenaan.

Bagi urusan permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, JPN turut menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya menunggu seketika untuk membolehkan mereka menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.

PEMAKLUMAN PERALIHAN MYKAD GENERASI BAHARU. pic.twitter.com/DvrRfsgxvn

— Jabatan Pendaftaran Negara 🇲🇾 (@jpnhqofficial) August 25, 2026

Terdahulu, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias, memaklumkan bahawa MyKad baharu akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan, berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada.

Antara ciri keselamatan yang diperkenalkan termasuk turihan laser, elemen ultraungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod QR untuk tujuan penguatkuasaan serta cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.

Namun begitu, MyKad genarasi baharu tidak lagi akan dilengkapi dengan elemen Touch ’n Go seperti yang terdapat pada MyKad sebelum ini.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MyKad Versi Baharu Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan - Hologram, Kod QR, 'Guilloche'
  • Pasport Malaysia Versi Baharu Dilancarkan - 94 Ciri Keselamatan, Pilihan Tempoh Sah Laku 10 Tahun
  • JPN Perjelas Isu Tular Kemas Kini Alamat MyKad
  • JIM Henti Pengeluaran Pasport Lebih 10 Tahun Serta-Merta, Ganti Percuma Pasport Terjejas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY