Pengkaji Dari Israel Bangunkan Sensor Yang Boleh Kesan Penipuan

Mengesan penipuan bukanlah satu kemahiran dimiliki semua orang tambah pula jika pembicara seorang yang bijak memanipulasi. Setakat ini, teknologi poligraf sekalipun tidak dapat mengesan penipuan secara berkesan.

Professor Dino Levy, Professor Yael Hanein dan sekumpulan pengkaji dari Tel Aviv University telah membangunkan pengesan penipuan dengan menggunakan sensor yang mampu mengesan penipuan melalui pergerakan otot pada wajah. Ia dilaporkan mempunyai ketepatan sehingga 73%.



Pengkaji mendapati terdapat pergerakan otot kecil pada kening atau pada pipi yang akan menunjukkan jika seseorang itu sedang berbohong.

Ujian yang dijalankan mereka menggunakan pelekat yang mengandungi elektrod yang dilekatkan pada wajah peserta. Mereka mengukur aktiviti elektrik pada otot dan saraf, satu proses yang dikenali sebagai facial surface electromyography (sEMG), tetapi kini menggunakan sensor yang jauh lebih berkuasa.

Bergerak ke hadapan, mereka mahu menggunakan kelebihan AI untuk mengesan pergerakan kecil pada wajah tanpa bergantung pada elektrod lagi. Dengan teknologi pembelajaran mesin, ia akan memudahkannya diimplimentasi di merata tempat seperti lapangan terbang, bank dan lain-lain.

Sumber: The Times of Israel

Baca juga: