Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

POCO M4 5G Dan POCO C40 Dijual Di Malaysia Mulai 18 Ogos Ini

Posted on Ogos 16, 2022

POCO Malaysia mengesahkan 2 peranti akan dijual untuk pasaran tempatan bermula 18 Ogos 2022.

POCO M4 5G datang dengan spesifikasi seperti cip MediaTek Dimensity 7000 5G dengan bateri sebesar 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Menariknya, ia menjadi telefon 5G antara termurah di Malaysia.

Skrinnya ialah LCD bersaiz 6.58 inci dengan kadar segar 90Hz dan beresolusi 1080×2400.

Kamera di belakang ialah dua lensa terdiri daripada 13MP dan 2MP manakala swafoto pula 5MP.

  • 4GB/64GB – RM699
  • 6GB/128GB – RM899

Namun, bermula 18 hingga 24 Ogos 2022, POCO Malaysia menjualnya pada harga lebih rendah iaitu RM649 dan RM799.

Klik SINI untuk beli di Shopee atau SINI melalui Lazada.

{suggest}

POCO C40 pula dijana cip JLQ JR510 dengan bateri sebesar 6000mAh dengan skrin LCD bersaiz 6.71 inci.

Resolusi dibawakannya pula 720×1650 piksel. Dari segi penggambaran, ia dilengkapkan kamera 13MP dengan 2MP di belakang.

Swafoto pula dibantu 5MP.

Dua varian tersedia di Malaysia ialah:

  • 3GB/32GB – RM499
  • 4GB/64GB – RM599

POCO Malaysia memberi diskaun dari 18 – 28 Ogos dengan masing-masing berharga RM449 dan RM549.

Klik SINI untuk beli di Shopee atau SINI melalui Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress