Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

The Batman Tidak Akan Ditayang Di Rusia Selagi Ukraine Diserang

Posted on Mac 2, 2022Mac 2, 2022

Warner Bros. mengumumkan tayangan The Batman di Rusia pada 3 Mac kelak akan ditunda sehingga selesai isu Rusia-Ukraine.

Hal ini berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine yang masih berterusan selepas sekitar seminggu. Jurucakap WarnerMedia berkata mereka akan terus memantau keadaan semasa dan berharap konflik antara dua negara ini selesai secepat mungkin.

Mengikut laporan, Warners pada asalnya akan menayangkan The Batman mengikut perancangan asal walaupun maklum dengan isu terbabit namun mengubahnya pada saat-saat akhir. Disney antara yang pertama mengumumkan penangguhan tayangan filem di Rusia.

Dalam pada itu, Disney dan Sony juga mengambil tindakan yang sama untuk filem yang akan datang dalam waktu terdekat iaitu Turning Red terbitan Pixar dan Morbius lakonan Jared Leto.

Untuk pengetahuan, Rusia merupakan antara pasaran terbesar untuk Hollywood dengan Spider-Man: No Way sahaja telah menjana lebih RM185 juta ($44 juta).

Antara filem Warner Bros akan datang ialah Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore (15 April) dan the animated DC League of Super-Pets (20 Mei).

Sumber: Hollywood Reporter

Baca juga:

  • Disebabkan Serangan Siber, Toyota Tutup Kilang Di Jepun Hari Ini
  • Selain WhatsApp, Ini 6 Aplikasi Berasal Dari Ukraine Yang Mungkin Anda Pernah Guna
  • Perang Rusia-Ukraine, Syarikat Pengeluar Cip Termasuk Malaysia Tidak Terkesan Buat Masa Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress