Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopee

RUU Kenakan Cukai Barang Import Dibeli Secara ‘Online’ Dibentang Di Parlimen

Diterbitkan Ogos 1, 2022 · Dikemas kini Ogos 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa telah membentangkan bacaan kali pertama Akta Cukai Jualan 2022 (Pindaan) dalam Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pindaan terkini, semua barang dimport yang dibeli dalam talian akan dikenakan cukai, selari dengan pengumuman Menteri Kewangan dalam Bajet 2023 beberapa bulan lepas.

Ini bermaksud semua barangan (low value goods) dari luar negara yang dibeli melalui Shopee, Lazada, Taobao, Alibaba dan lain-lain akan dikenakan cukai.

Peniaga-peniaga kelak akan diminta berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

Ia dijangka dilaksanakan secara rasmi pada 1 Januari 2023 dengan kadar rata 10% untuk kedua-kedua peniaga warganegara dan luar negara.

Sebelum ini, hanya pengeluar dan pengimport saja dikenakan cukai jualan. Dengan peraturan baharu ini, peniaga turut sama perlu membayarnya.

Foto utama: Reuters
Sumber: Parlimen, The Star

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY