Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bukan Koronavirus, Tapi Pengeluar Vaksin Diserang Malware ‘Tardigrade’

Bukan Koronavirus, Tapi Pengeluar Vaksin Diserang Malware ‘Tardigrade’

Diterbitkan November 25, 2021 · Dikemas kini November 26, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Di saat para saintis sibuk menjalankan kajian luar dan dalam makmal untuk menentang koronavirus, muncul pula ‘virus’ baharu menyerang komputer mereka. Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga, kini mereka perlu melawan virus di dunia maya pula.

Terdahulu, fasiliti penyelidikan COVID-19 diserang ransomware akibat memasang pirisian cetak rompak.

Terkini, sebuah perisian hasad atau malware baharu yang sentiasa berubah untuk mengadaptasi dikesan oleh BIO-ISAC, sebuah badan sekuriti siber. Ia dikesan menyasarkan industri bioteknologi termasuk infrastruktur pembuatan vaksin.

Malware ini berbahaya kerana ia sentiasa beradaptasi dengan menyusun semula (recompile) dirinya sepenuhnya selepas setiap jangkitan apabila ia terhubung pada internet. Ini menjadikannya susah untuk dikesan kerana polanya yang berubah-ubah.

Tardigrade, yang dinamakan sempena nama mikoorganisme, mampu menggodam komputer dengan mencuri dan mengubah suai fail. Selain itu, ia juga boleh disebar melalui e-mel phishing dan peranti USB.

Sumber: BIO-ISAC

Baca juga:

  • Hanya Komputer Yang Ada 2 Perkakasan Utama Ini Akan Menyokong Ciri Keselamatan Terbaru Pelayar Microsoft Edge
  • Elak Gangguan Terhadap Pesawat, ‘Kuasa’ 5G Terpaksa Dikurangkan

  • Harap Android Pun Boleh Tiru Servis Apple Untuk Baiki Telefon Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY