Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ShopeeFood johor

ShopeeFood Akan Datang Ke Johor Bahru Dengan Pelbagai Tawaran

Diterbitkan Februari 23, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

ShopeeFood ialah sebuah perkhidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda dan Grabfood yang disediakan melalui aplikasi Shopee. Buat waktu ini, ia hanya terhad untuk pelanggan di Lembah Klang.

Berita baik untuk penduduk Johor Bahru, bermula esok, 24 Februari, ShopeeFood akan tersedia di kawasan utama di Johor seperti Johor Bahru, Tampoi, Setia Tropika, Setia Indah dan Skudai.

Shopee berkata mereka turut menawarkan penghantaran percuma dan diskaun sehingga 40% untuk makanan dan minuman dengan perbelanjaan minimum RM5 apabila pengguna membayar dengan ShopeePay.

Selain itu, dari 26 hingga 28 Februari pula, ShopeeFood akan menawarkan diskaun 60% baucar masa terhad pada jam 3 petang dengan perbelanjaan minimum RM15 untuk makanan dan minuman.

Menerusi Jualan Hari Gaji 25 Februari Shopee, pengguna akan menerima penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM5, tawaran RM25 untuk barangan terpilih daripada peniaga serta tawaran lain apabila mereka menambah nilai prabayar dan membayar bil mereka.

Dalam pada itu, jika anda mahu menyemak berapa banyakkah wang telah dibelanjakan sepanjang menggunakan Shopee, anda boleh ketahui cara-cara di SINI.

Sumber: Siaran Akhbar Shopee

Baca juga:

  • Ini Yang Patut Anda Lakukan Kalau Dapat Mesej Palsu Shopee Di WhatsApp
  • Cara Membuat Pembayaran PTPTN Melalui Aplikasi Shopee
  • Shopee: Tiada Lagi Caj Penghantaran Untuk ‘Self-Collection’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY