Enjin Roket Ini Dikuasakan Daripada Sisa Buangan Plastik

Pulsar Fusion, sebuah syarikat yang berpangkalan di Bletchley, England kini dikatakan berjaya dalam melakukan ujian pertama enjin roket yang dikuasakan sisa buangan plastik.

Menurut laporan, mereka telah menjalankan beberapa ujian di COTEC, iaitu pangkalan tentera di Salisbury bermula 17 November hingga 18 November lepas.

Enjin roket hibrid ini dijana polietilena berketumpatan tinggi (HDPE), nitrus oksida (N20) dan oksigen. HDPE pula boleh didapati daripada sisa buangan plastik dan kedua-dua bahan api ini dibakar untuk menghasilkan bahan bakar yang tidak bertoksik yang mana boleh digunakan dalam dua fasa berbeza pepejal atau gas dan cecair.

https://twitter.com/richarddinan/status/1462711984919613443?s=21

Selain itu, nitrus oksida dan polietilena HDPE ini juga merupakan salah satu sumber yang mesra alam yang tersedia dalam industri angkasa.



Richard Dinan - Ketua pegawai eksekutif Pulsar Fusion menyatakan bahawa enjin roket tersebut bakal digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pesawat yang membawa manusia dan juga satelit ke angkasa lepas.

Tambahan lagi, misi Pulsar Fusion juga mahu menghasilkan enjin pendorong berkelajuan tinggi yang menggunakan teknologi gabungan nuklear bagi perjalanan antara planet dan akan mengurangkan masa perjalanan ke Marikh pada masa hadapan.

Dalam pada itu, mereka juga dilaporkan sedang bergiat mengusahakan prototaip reaktor gabungan nuklear yang direka khas dalam menghasilkan plasma yang lebih panas daripada permukaan matahari.

Sumber: utusan, walesonline

Baca juga: