Xiaomi Buka 10 Kedai Baharu Di Malaysia, Ada Juga Promosi Terhad Untuk Peranti

Xiaomi mengumumkan pembukaan 10 buah kedai fizikal baharu di serata semenanjung bersama pusat servis baharu di Mid Valley Megamall yang akan bermula beroperasi bermula 23 Oktober 2021.

Lokasi seperti berikut:

  1. Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

  2. KL East Mall, Kuala Lumpur

  3. Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Selangor

  4. Alor Star Mall, Kedah

  5. Kulim Central, Kedah

  6. Kompleks Bukit Jambul, Penang

  7. Prangin Mall, Penang

  8. Lotus Bertam Kepala Batas, Penang

  9. AEON Tebrau City, Johor Bahru, Johor

  10. Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, Muar, Johor


Sempena dengan itu, beberapa promosi ditawarkan di kesemua kedai-kedai baharu tersebut. Bermula 12PM pada 25 Oktober 2021, diskaun sebanyak RM200 ditawarkan untuk peranti Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro (terhad 50 unit setiap kedai) manakala diskaun bagi beberapa barangan AIoT pada 23-25 Oktober.



Bagi telefon pintar Xiaomi yang sudah tamat jaminan (warranty), diskaun caj perkhidmatan sebanyak 50% ditawarkan untuk pelanggan yang membaiki peranti mereka di Xiaomi Service Centre di Mid Valley Megamall bermula 23 sehingga 31 Oktober. Tidak cukup dengan itu, 50 pelanggan pertama akan diberikan set cawan eksklusif Xiaomi edisi terhad secara percuma.





Xiaomi kini mempunyai 47 buah kedai seluruh negara dan merancang untuk membuka sebanyak 300 buah kedai pada masa akan datang.

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi

Baca juga: