Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Ciri Baharu Dalam iOS 15.4 – Emoji, ‘Unlock’ iPhone Walaupun Pakai ‘Face Mask’

Posted on Mac 15, 2022Mac 15, 2022

Sekitar lewat tengah malam semalam, pengguna iOS seluruh dunia sudah mula boleh mengemas kini peranti iPhone dan iPad mereka ke versi terbaharu, iOS 15.4 dan iPadOS 15.4.

Jadi, apa yang ada kali ini?

Nyahkunci Dengan Pelitup Muka

Selepas 2 tahun pandemik, hari ini Apple membenarkan penggunanya untuk menyahkunci telefon pintar mereka tanpa menanggalkan pelitup muka. Malangnya, ia terhad untuk iPhone 12 dan ke atas.

Jika anda menggunakan iPhone X misalnya, anda masih perlu membuang pelitup muka untuk Face ID. Alternatifnya, anda perlu memakai Apple Watch untuk nyahkunci telefon tanpa membuang pelitup muka. Kaedah ini berfungsi untuk kesemua iPhone yang mempunyai Face ID.

Universal Control Untuk Kawalan Dalam Ekosistem

MacRumors

Ini antara ciri yang dinanti-nanti mereka yang hidup dalam ekosistem Apple. Ini kerana dengan Universal Control, Mac dan iPad boleh dikawal menggunakan satu tetikus dan papan kekunci dengan lancar. Syaratnya, kedua-dua peranti hendaklah didaftar di bawah akaun iCloud yang sama.

Untuk mendapat faedah ciri ini, Mac digunakan perlulah dikemas kini ke macOS Monterey 12.3 sekurang-kurangnya dan iPad pula di versi iPadOS 15.4. Ia boleh dihidupkan melalui Handoff and Airplay di Settings.

38 Emoji Baharu

Seperti biasa, kemas kini iOS bermakna pengguna juga boleh membanggakan diri dengan kawan-kawan dengan emoji baharu. Terdapat 38 emoji baharu dilancarkan dalam versi ini.

Kebolehan UntukĀ  Mematikan Notifikasi Setiap Kali Personal Automation Dimulakan

Terdahulu, jika sesebuah Personal Automations dihidupkan, pengguna tidak dapat mengelak daripada menerima notifikasi atau pop-upĀ memberitahu Shortcuts tersebut telah dimulakan. Kini pengguna boleh memilih untuk mematikan notifikasi ini di Notify When Run, bermakna Personal Automation akan berjalan tanpa memberitahu pengguna.

Kawalan Kecerahan Papan Kekunci di iPad

Kini, pengguna boleh menyelaraskan kecerahan lampu ‘backlight’ papan kekunci dengan mudah, langsung melalui Control Center.

keyboard brightness ipad
MacRumors

Tambah Nota Pada Kata Laluan iCloud Keychain

iCloud Keychain ialah salah satu perkhidmatan yang hadir bersama iCloud. Dengan iOS 15.4, pengguna boleh menambah nota pada setiap set kata laluan yang disimpannya. Mungkin seperti menambah “password twitter awek 1” atau sebagainya.

icloud keychain notes

Selain itu, pengguna juga sekarang boleh menyembunyikan saranan Apple yang memaklumkan bahawa kata laluan anda lemah dan perlu menukarnya.

Kadar segar 120Hz di Aplikasi Pihak Ketiga

Pastinya ini bukan satu ciri yang dapat dinikmati oleh kebanyakan pengguna kerana 120Hz ProMotion hanya ditawarkan pada satu model sahaja setakat ini.

Namun, berita baik untuk mereka yang menggunakan iPhone 13 Pro, 120Hz ProMotion dengan kemas kini terbaharu dilaporkan akan turut diaplikasikan untuk penggunaan aplikasi pihak ketiga. Menatal Twitter di iPhone 13 Pro pastinya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Domain E-mel iCloud Sendiri

custom email domain mail ios 15 4

Dengan kemas kini terbaharu, anda boleh mencipta alamat e-mel untuk iCloud (contohnya [email protected]) namun ia terhad untuk mereka yang melanggan iCloud+. Dengan ini, pengguna boleh memilih untuk mendaftar akaun baharu menggunakan e-mel ini berbanding e-mel peribadi. Terdahulu, ia memerlukan laman web Apple untuk menciptanya.

Senarai di atas hanya beberapa ciri yang dalam iOS 15.4 dan iPadOS 15.4 Antara ciri lain yang turut hadir ialah amaran untuk pengguna AirTags supaya tidak menyalahgunakan peranti tersebut untuk mengintip, tapisanĀ podcast, butang SharePlay terus di share sheet, suara baharu Siri dan lain-lain.

Baca juga:

  • Sering Dimasukkan Ke ‘Group’ Aneh Dan ‘Scam’ Di Telegram? Ikuti Langkah Ini Untuk Kekal Selamat
  • Apple Dilapor Untung Besar Sejak Kotak iPhone Makin Nipis
  • Sebab Kenapa Produk Apple Mahal ‘Level’ Kayangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress