Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung s22

Siri Galaxy S22 Dan Poco F4 GT Sudah Boleh Guna Rangkaian 5G Malaysia

Diterbitkan April 27, 2022 · Dikemas kini April 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pengguna Samsung Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra di Malaysia kini sudah boleh menikmati rangkaian 5G.

Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu mengemas kini perisian telefon anda melalui Tetapan atau Setting.

Ia hadir dalam tampalan keselamatan (security patch) 1 Mei 2022. Terdahulu, siri Galaxy S21 juga telah menerima sokongan perkhidmatan 5G.

Selain itu, Poco F4 GT yang baru dilancar semalam juga langsung ditambah ke dalam senarai yang menyokong rangkaian 5G yang diselia DNB.

Sehingga hari ini, hanya YES sahaja menyediakan perkhidmatan 5G di Malaysia. Kalau sebelum ini hanya 3 lokasi saja iaitu KL, Putrajaya dan Cyberjaya namun kini telah mula diperluas ke Pulau Pinang, Johor Bharu dan Klang.

Sumber: DNB

Baca juga:

  • 5 Fungsi S Pen Galaxy S22 Ultra Yang Patut Anda Gunakan
  • Samsung Galaxy S22 Ultra Sesuai Jadi Peneman Semasa ‘Travel’
  • Sebelum Beli, Ketahui Perkara Ini Dahulu Tentang Kad TNG NFC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY