Senarai Telefon Yang Dilengkapi Cip Snapdragon 8 Gen 2

Qualcomm sudah melancarkan cip terbaharu mereka iaitu Snapdragon 8 Gen 2 binaan 4nm oleh TSMC sekitar minggu lalu.

Jenama itu berkata cip ini adalah 35% lebih pantas dan 40% lebih cekap kuasa berbanding Snapdragon 8 Gen 1.

Oleh itu, kami senaraikan di sini apakah model yang akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 ini meliputi pelbagai jenama.

Selain spesifikasi sampingan, yang membezakan setiap model juga termasuklah tarikh pelancaran peranti.

{snap}

Samsung Galaxy S23




Tahun ini, siri Galaxy S akan menggunakan Snapdragon bagi kesemua model untuk semua pasaran.

Sebelum ini, cip Snapdragon hanya terhad bagi beberapa pasaran termasuk Malaysia manakala selebihnya dijana Exynos.

Siri S23 ini dijangka dilancarkan sekitar Februari tahun depan.

Ramai menjangka siri ini turut akan dilengkapi dengan kamera 200MP. Ini pastinya menarik memandangkan cip Snapdragon 8 Gen 2 memang dibina untuk sensor 1 inci dan 200MP.

Semak harga telefon Samsung

Xiaomi 13




Dikatakan bahawa terdapat 2 model akan diperkenal untuk siri ini iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Kedua-duanya sah menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Ia akan dilancarkan pada jam 7 petang 1 Disember 2022, waktu Malaysia.
Selain itu, mungkin salah satu model akan mempunyai panel belakang dengan empat lengkung (quad-curved) dengan kemasan seakan-akan kulit serta mempunyai perlindungan IP68.

Dari segi perisian, siri terbaru ini juga akan dilancarkan bersana-sama MIUI 14.

Semak harga telefon Xiaomi

{snap}

vivo




Model pertama mereka yang akan berenjinkan 8 Gen 2 ialah vivo X90 Pro+ yang sudah dilancarkan di China sekitar minggu lalu.

Siri X90 ini mempunyai model bukan Pro namun ia didatangkan dengan cip MediaTek Dimensity 9200.
Vivo X90 Pro dan Pro+ dilengkapi dengan kamera swafoto 32MP.

Bagi Vivo X90 Pro+ pula, ia mempunyai sensor utama Sony IMX989 50MP yang berukuran 1 inci bersama apertur f/1.75.

Kedua-dua model ini mempunyai 12GB RAM LPDDR5 dan storan UFS 4.0 bersaiz 512GB. Vivo X90 Pro mempunyai bateri berkuasa 4870mAh.

Bagi Pro+ pula, baterinya berkuasa 4700mAh dan kedua-dua peranti ini menyokong pengecasan tanpa wayar.

Semak harga telefon vivo

{snap}

OnePlus




Satu lagi jenama di bawah BBK Electronics iaitu OnePlus juga akan memperkenal telefon pertama mereka dengan Snapdragon 8 Gen 2.

Model tersebut ialah OnePlus 11. Khabar angin di Weibo mengatakan telefon ini akan hadir dengan panel belakang daripada seramik serta hadir dalam 2 warna iaitu Matte Black dan Glossy Green.

Jika diikutkan jadual model sebelum ini, ia mungkin dilancar untuk pasaran China pada Januari dan untuk pasaran antarabangsa pula seawal Mac 2022.

Semak harga telefon OnePlus

{snap}

OPPO




Tidak dipastikan apakah nama model seterusnya yang akan datang bersama Snapdragon 8 Gen 2 namun yang pasti ia daripada siri Find.

Jadi, berkemungkinan ia adalah OPPO Find X6.

Dengan sokongan terhadap keupayaan kamera yang ditambah baik, pastinya menarik untuk lihat apa ditawarkan dalam model Find dengan 8 Gen 2 kelak.

Hal ini kerana siri Find memang menumpukan terhadap keupayaan fotografi luar biasa manakala cip baharu Qualcomm ini pula sah dapat disuaikan molek dengan sensor 1 inci dan 200MP daripada Sony dan Samsung.

Semak harga telefon OPPO

Motorola




Telefon Moto X40 akan menjadi model sulung Motorola yang dilengkapi Snapdragon 8 Gen 2.

Antara spesifikasi lain yang dijangka ialah ROM sebesar 512GB, RAM hingga 18GB, menjalankan MY UI 5.0 berasaskan Android 13.

Jika anda berasa 'Ah, Motorola buat apa? Bukan orang pakai dah." anda tersilap.

Di Amerika Syarikat, kuasa pasaran Motorola sudah meningkat sehingga 12% untuk suku pertama 2022, tertinggi dalam rekodnya, menurut data Counterpoint.

Ini dipengaruhi kelompongan pasaran ditinggalkan Lenovo selepas menutup operasi telefon pintar dan tumpuan Motorola sendiris terhadap peranti 5G mampu milik.

Sesetengah pengguna tempatan yang menggunakan telefon Motorola juga berkongsi maklum balas positif di ruangan komen Facebook Wiser, menandakan kualiti yang ada padanya masih belum diterokai kebanyakan pengguna.

Semak harga telefon Motorola

{snap}

iQOO




Jenama di bawah vivo ini juga akan melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan pelancaran rasmi dalam masa terdekat.

Model iQOO 11 telah disahkan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan akan diperkenal untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Jenama ini menjadikan gaming sebagai fokus mereka, jadi agak menarik untuk kita lihat perkembangan dan penerimaan pengguna di Malaysia kelak.

Kedai rasmi iQOO Malaysia

{snap}

Redmagic




Redmagic ialah sebuah jenama di bawah ZTE Nubia namun menumpukan terhadap permainan mudah alih.

Model RedMagic 8 Pro yang akan dilancarkan kelak akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 namun tidak didedahkan tarikh perasmiannya dan ketersediaan untuk pasaran tempatan.

Tetapi berdasarkan ura-ura, ia akan diperkenal pada Februari 2023.

Semak harga telefon RedMagic