Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
grok x

Pengguna X Kini Boleh Halang Grok Ubah Suai Imej, Tapi Masih Ada Hadnya

Diterbitkan Mac 10, 2026 ยท Dikemas kini Mac 10, 2026 oleh Amalina Athman

Platform X kini memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menghalang Grok daripada mengubah suai imej yang dimuat naik.

Bagi pengguna iOS, aplikasi X menyediakan toggle baharu dalam tetapan muat naik imej dinamakan “Block modifications by Grok” atau “Sekat pengubahsuaian oleh Grok”.

Apabila diaktifkan, ciri ini menghalang Grok daripada mengubah suai imej melalui satu kaedah tertentu, iaitu apabila akaun @Grok ditanda dalam ciapan balas bersama arahan untuk menyunting gambar.

Grok blok modification

Kaedah tersebut sebelum ini pernah disalahgunakan untuk menjana kandungan tidak senonoh dan memudaratkan. Berikutan menerima pelbagai reaksi global dan penggubal undang-undang, fungsi itu telah disekat untuk akaun percuma.

Dengan ciri baharu ini, selain akaun percuma yang memang sudah tidak boleh menggunakan @Grok untuk menyunting imej, ia turut menghalang pelanggan Premium daripada melakukannya melalui kaedah sama.

Namun begitu, ciri ini tidak menyelesaikan semua masalah sepenuhnya. Difahamkan, pengguna masih boleh menekan lama pada imej dalam aplikasi X di iOS untuk membuka pilihan “Edit image with Grok”, atau menyimpan dan memuat naik semula imej yang dilindungi.

Setakat ini, ciri ini hanya tersedia di aplikasi X versi iOS. Ia masih belum tersedia untuk versi web dan tidak boleh digunakan pada imej yang sudah dimuat naik sebelum ini. X juga belum mengumumkan ciri ini secara rasmi, jadi tahap ketersediaan dan status pembangunannya masih belum jelas.

Berkaitan

  • Grok Kini Boleh Hasilkan Video Dari Teks
  • xAI Lancar Grok 4.1 - Lebih Pintar, 3x Kurang Halusinasi
  • MCMC Tarik Balik Sekatan Sementara, Akses Grok Kini Dikembalikan
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY