Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
grok x

X Gagal Laksana Langkah Perlindungan, MCMC Sekat Sementara Akses Grok

Diterbitkan Januari 12, 2026 · Dikemas kini Januari 12, 2026 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada kecerdasan buatan (AI) Grok bagi pengguna di Malaysia, berkuat kuasa 11 Januari 2026.

Menurut MCMC, tindakan itu diambil susulan penyalahgunaan Grok secara berulang untuk menjana kandungan lucah, seksual eksplisit dan tidak senonoh, termasuk imej manipulasi tanpa persetujuan.

MCMC memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan notis kepada X Corp dan xAI pada 3 dan 8 Januari 2026 bagi menuntut pelaksanaan langkah perlindungan teknikal dan penyelia kandungan yang berkesan untuk mencegah kandungan janaan AI yang mungkin melanggar undang-undang Malaysia, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namun, maklum balas yang dikemukakan oleh X Corp hanya memberi tumpuan utama kepada mekanisme pelaporan oleh pengguna dan gagal menangani risiko sedia ada yang berpunca daripada reka bentuk dan pengoperasian alat AI tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Indonesia turut menyekat sementara akses kepada chatbot Grok milik Elon Musk pada Sabtu susulan risiko penjanaan kandungan lucah oleh AI.

Sementara itu, tiga senator Amerika Syarikat telah menggesa CEO Apple, Tim Cook, serta CEO Google, Sundar Pichai, untuk mengalih keluar aplikasi X dan Grok daripada gedung aplikasi masing-masing.

Langkah yang diambil di Malaysia, Indonesia dan Amerika Syarikat ini mencerminkan kebimbangan global yang semakin meningkat terhadap penyalahgunaan teknologi AI, terutamanya dalam penjanaan kandungan tidak bermoral dan eksploitasi tanpa persetujuan.

Situasi ini jelas menimbulkan persoalan tentang sejauh mana tahap keselamatan, tanggungjawab platform serta keberkesanan kawal selia teknologi AI di peringkat global.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • xAI Lancar Grok 4.1 - Lebih Pintar, 3x Kurang Halusinasi
  • Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 - Fahmi
  • Platform Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Di Malaysia 'Disifatkan Berdaftar' - Berkuat Kuasa 1 Januari 2026
  • Grox Di X Manipulasi Imej Tanpa Kebenaran, MCMC Akan Panggil Wakil Platform

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY