Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xAI Grok 4.1_

xAI Lancar Grok 4.1 – Lebih Pintar, 3x Kurang Halusinasi

Diterbitkan November 18, 2025 oleh Amalina Athman

Syarikat xAI milik Elon Musk kini memperkenalkan Grok 4.1, naik taraf daripada model kecerdasan buatan (AI) Grok 4 sedia ada.

Model ini dikatakan lebih baik dalam interaksi kreatif, emosi dan kolaboratif, dengan pemahaman yang lebih tajam terhadap niat pengguna.

Menurut xAI, Grok 4.1 tiga kali ganda kurang cenderung menghasilkan kesilapan fakta (halusinasi) berbanding model terdahulu, menjadikannya antara keluaran terbaik syarikat itu setakat ini.

Furthermore, Grok 4.1 is our least error prone model to date.

It is 3x less likely to hallucinate compared to our previous models. pic.twitter.com/XjBcO9t4xl

— xAI (@xai) November 17, 2025

Selain itu, Grok 4.1 memperoleh skor 1586 pada EQ-Bench, satu penanda aras yang menilai kemampuan emosi model.

Grok 4.1 has higher emotional intelligence, empathy, and interpersonal skills, scoring 1586 on EQ-Bench. pic.twitter.com/2V8yRZaN4O

— xAI (@xai) November 17, 2025

Bagi bidang penulisan, model ini mencatat 1722 Elo dalam Creative Writing V3, peningkatan 600 mata berbanding model terdahulu.

Grok 4.1 is also much better at writing.

On Creative Writing v3, Grok 4.1 scores 1722 Elo, a remarkable 600-point gain over our previous model. pic.twitter.com/BRhsYQW82o

— xAI (@xai) November 17, 2025

Berdasarkan penanda aras awal, Grok 4.1 Thinking dan Grok 4.1 turut mencatat prestasi tinggi dalam LMArena Text Arena, yang dianggap salah satu platform paling kompetitif untuk menguji model bahasa raya (LLM).

xAI Grok 4.1_4

Grok 4.1 Thinking menduduki tangga pertama dengan skor 1483 Elo. Sementara itu,  Grok 4.1 (dalam mod bukan penaakulan), yang memberikan jawapan segera tanpa menggunakan token pemikiran, berada di tangga kedua dengan skor 1465 Elo.

Secara keseluruhan, Grok 4.1 menunjukkan peningkatan besar berbanding Grok 4, yang sebelum ini menduduki tangga ke-33.

Ketersediaan

Grok 4.1 kini boleh diakses oleh semua, termasuk pengguna percuma, melalui grok.com, X serta aplikasi iOS dan Android. Model ini tersedia secara automatik (mod Auto) dan juga boleh dipilih secara khusus melalui pilihan “Grok 4.1” dalam model picker.

Berkaitan

  • xAI Lancar Grok 4, Model AI Berkuasa Dengan Pelan Premium USD300 Sebulan
  • Grok Kini Boleh Hasilkan Video Dari Teks
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Elon Musk Lancar Grokipedia, Pesaing Wikipedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY