Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G malaysia__

Pengguna 5G Di Malaysia Kini Cecah 53.35% – Fahmi Fadzil

Diterbitkan Februari 5, 2025 · Dikemas kini Februari 5, 2025 oleh Amalina Athman

Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35% atau 18.9 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia adalah pencapaian terbaik dalam tempoh yang singkat dan merupakan langkah besar dalam usaha membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik.

Perkembangan positif ini antara yang dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang saya pengerusikan di Kementerian Komunikasi hari ini.

Seperti dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching sebelum ini, beliau berkata liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk juga telah mencapai 82.4%, dengan sebanyak 7,485 tapak pemancar rangkaian 5G telah siap dibina.

5G Malaysia

Dalam pada itu, Fahmi berkata mesyuarat berkenaan turut meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait hala tuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua yang diterajui U Mobile, dengan pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

Pengguna 5G di seluruh negara sudah mencecah 53.35%, atau 18.19 juta langganan.

Ini pencapaian yang cukup baik dalam tempoh yang singkat, dan langkah besar dalam usaha kita membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.

Perkembangan positif ini antara… pic.twitter.com/FCVkUBA24d

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) February 5, 2025

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • U Mobile Dijangka Lancar Rangkaian 5G Kedua Dalam 15 Hingga 18 Bulan Lagi - Vincent Tan
  • Rangkaian 5G U Mobile Capai Kelajuan 120Mbps Di Atas Jambatan Pulau Pinang 
  • DNB, Ericsson Lancar Rangkaian 5G Advanced
  • Guna Teknologi MOCN Untuk Tingkatkan Liputan 4G - Teo

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY