Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rangkaian 5G kedua U Mobile

U Mobile Dijangka Lancar Rangkaian 5G Kedua Dalam 15 Hingga 18 Bulan Lagi – Vincent Tan

Diterbitkan Januari 20, 2025 oleh Amalina Athman

U Mobile optimis mampu melancarkan rangkaian 5G kedua tanpa memerlukan pembiayaan daripada kerajaan atau rakan kongsi tempatan baharu, menurut pengerusinya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

Berdasarkan pengalaman dalam industri telekomunikasi, Vincent Tan berkata U Mobile merancang untuk melancarkan rangkaian tersebut dalam tempoh 15-18 bulan akan datang.

Dalam kenyataan kepada media, beliau turut menafikan komen penganalisis yang mengatakan U Mobile akan menghadapi kesukaran untuk melancarkan rangkaian 5G kedua secara bersendirian.

Kenapa kita tidak tunggu sehingga 15 dan 18 bulan barulah kita melihat erti perjuangan? Kami ditawarkan lebih banyak pinjaman daripada yang kami perlukan. Kami berpengalaman (dalam bidang ini). Saya memulakan Digi (beberapa) tahun lalu, kemudian U Mobile dan REDtone Digital Bhd.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan kerjasama, Vincent Tan menolak rakan kongsi tempatan dan berkata beliau sedang mencari kerjasama dengan pembekal telekomunikasi dari China, seperti Huawei Technologies Co Ltd dan ZTE Corp.

Kami tidak memerlukan rakan kongsi tempatan baharu. Kami sedang melihat pembekal China, sama ada Huawei atau ZTE. Mereka adalah yang terbaik dari segi teknologi 5G. Mereka akan membekalkan peralatan 5G dan menyediakan pembiayaan. Kita perlu mengeluarkan perbelanjaan modal (capital expenditure) kita sendiri bersama-sama dengan pembiayaan daripada bank. Tetapi, semuanya masih belum dimuktamadkan.

Namun begitu, tidak dinyatakan sebarang jumlah perbelanjaan modal yang diperlukan untuk pelancaran rangkaian 5G kedua kelak.

Dalam pada itu, Vincent Tan berkata pihaknya merancang untuk menawarkan saham pengendali rangkaian mudah alih tersebut di Bursa Malaysia menjelang akhir 2025 dan sedang berusaha untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO).

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Syarikat Singapura Jual Saham Majoriti U Mobile Kepada Mawar Setia
  • U Mobile Akan Naik Taraf Sistem Komunikasi Tradisional FELDA Kepada Teknologi VoIP
  • CIMB Biayai U Mobile Untuk Pelancaran Rangkaian 5G Kedua Negara

Sumber: The Edge Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY