Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile

Rangkaian 5G U Mobile Capai Kelajuan 120Mbps Di Atas Jambatan Pulau Pinang 

Diterbitkan Februari 4, 2025 · Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh ariff bukhari

U Mobile, penyedia rangkaian 5G kedua Malaysia telah mencatat pencapaian penting dalam industri telekomunikasi selepas berjaya mencapai liputan 5G melebihi 120Mbps di sepanjang 13.5km Jambatan Pulau Pinang pertama.

Pencapaian itu dicapai menerusi teknologi canggih Huawei Meta Active Antenna Unit (MetaAAU).

Sebelum ini, penyelesaian memerlukan pemasangan stesen pangkalan 4G di tengah jambatan.

Namun, U Mobile mengatasi cabaran ini dengan teknologi 5G Advanced dan MetaAAU, yang meningkatkan liputan dan pengalaman pengguna lebih 30% tanpa memerlukan stesen pangkalan di tengah jambatan.

MetaAAU turut menggunakan mod “0 Bit 0 Watt” untuk penjimatan tenaga sehingga 99% semasa waktu trafik rendah, sambil memastikan prestasi kekal optimum.

u mobile 5g pulau pinang
u mobile 5g pulau pinang
u mobile 5g pulau pinang

Ujian menunjukkan kelajuan purata 597Mbps dengan sifar panggilan terputus walaupun pada kelajuan kenderaan 80km/j, jauh mengatasi penyelesaian 4G yang lama.

Apabila rangkaian 5G tersedia secara komersial, pengguna di Jambatan Pulau Pinang boleh menikmati tontonan video 4K lancar, permainan imersif, dan siaran langsung HD.

U Mobile juga merancang penggunaan 5G untuk keselamatan jalan raya, pemantauan AI, dan dron kecemasan. Kejayaan ini sekali gus memperkukuhkan lagi kerjasama U Mobile dan Huawei dalam mempercepatkan transformasi digital Malaysia.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • CIMB Biayai U Mobile Untuk Pelancaran Rangkaian 5G Kedua Negara
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Sumber: Siaran media U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY