Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teo Nie Ching_5 Februari 2025 (1)

Guna Teknologi MOCN Untuk Tingkatkan Liputan 4G – Teo

Diterbitkan Februari 5, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi akan memfokuskan usaha untuk memperbaiki kestabilan liputan 4G di kawasan yang kurang mendapat liputan internet melalui teknologi Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN).

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata walaupun secara purata liputan 4G bagi kawasan berpenduduk di negara ini sudah melebihi 97%, namun peratusan liputan oleh setiap syarikat telekomunikasi adalah berbeza.

Kita mendapati liputan 4G bagi setiap syarikat adalah berbeza iaitu Celcom pada kadar 94%, Digi (95%), Maxis (98%), U-Mobile (82%) dan TM sebanyak 80%..ini faktor yang kita mahu atasi tahun ini. Kita mahu menggalakkan telco ini memastikan bahawa untuk kawasan yang tiada liputan 4G, mereka akan menggunakan teknologi MOCN.. mereka boleh kongsi infrastruktur ini untuk pastikan semua pengguna.. boleh menikmati 4G yang stabil.

Bagi yang tidak mengetahui, MOCN ialah teknologi pemancar yang membolehkan keempat-empat penyedia perkhidmatan di negara ini menggunakan hanya satu set peralatan untuk memberikan perkhidmatan 4G.

Sementara itu, Teo berkata sehingga 31 Disember lepas, Digital Nasional Berhad (DNB) telah membina sebanyak 7,485 tapak pemancar 5G yang menyediakan 82.4% liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata penanda aras yang digunakan DNB bagi mendapatkan liputan 5G di kawasan berpenduduk adalah berdasarkan bilangan infrastruktur dan ketersediaan isyarat 5G di kawasan yang disasarkan.

Penanda aras ini tidak bergantung kepada jenis peranti yang digunakan oleh penduduk setempat kerana perkara tersebut adalah faktor di luar kawalan DNB dan kerajaan.

Teo berkata antara faktor utama yang menjadi asas pengukuran termasuklah liputan rangkaian 5G, ketersediaan infrastruktur serta kelajuan dan kapasiti rangkaian.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Perjanjian Perkongsian Rangkaian 4G 6 Hala Dilaksana, Fokus Tingkatkan Liputan Mudah Alih Di 7 Kawasan
  • Rangkaian 5G U Mobile Capai Kelajuan 120Mbps Di Atas Jambatan Pulau PinangĀ 
  • DNB, Ericsson Lancar Rangkaian 5G Advanced

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY