Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb ericsson

DNB, Ericsson Lancar Rangkaian 5G Advanced

Diterbitkan Februari 4, 2025 · Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh Amalina Athman

Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson secara rasmi hari ini melancarkan teknologi 5G Advanced (5G-A) pada rangkaian DNB, menjadikannya antara rangkaian pertama yang melancarkan keupayaan ini.

Dalam kenyataannya, Ericsson berkata teknologi baharu yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) ini dapat meningkatkan pengalaman pengguna dengan kependaman (latency) ultra-rendah dan throughput tinggi.

Rangkaian DNB juga akan terus memperoleh manfaat daripada operasi AI berasaskan niat (intent-based) Ericsson untuk membina rangkaian yang berprestasi tinggi.

Penyelesaian 5G Advanced Ericsson, seperti RedCap, membolehkan pelbagai kes penggunaan yang luas dengan meningkatkan jangka hayat bateri dan mengurangkan kerumitan untuk peranti seperti peranti boleh pakai dan sensor industri. Bagi perniagaan, ini bermakna pelaksanaan IoT yang lebih baik, kecekapan operasi yang dipertingkatkan, dan cara yang lebih mampu milik untuk berinovasi. 5G Advanced juga membawa solusi seperti Automated Energy Saver..

Sementara itu, Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh David Hagerbo berkata keupayaan 5G-A telah pun diaktifkan untuk rangkaian DNB, dengan Ericsson akan terus bekerjasama dalam membangunkan keupayaan 5G-A secara strategik bagi menjadikan rangkaian itu lebih pintar, cekap dan selamat.

Untuk rekod, setakat akhir Disember 2024, Malaysia telah mencatatkan 18.2 juta langganan perkhidmatan 5G, mewakili kadar penerimaan sebanyak 53.4%.

Berkaitan

  • Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini
  • DNB Dan Ericsson Adakan Demonstrasi Penggunaan 5G Di Dalam Bas Autonomi
  • Huawei Lancar Rangkaian Pintar 5G-Advanced Berskala Besar Pertama Di Dunia
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia

Sumber: Ericsson

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY