Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Raccoon_Video_Google SynthIDDetector.width-1600.format-webp

Pengguna Kini Boleh Semak Kandungan Dijana AI Dengan SynthID Detector Google

Diterbitkan Oktober 8, 2026 · Dikemas kini Oktober 8, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini membuka akses SynthID Detector kepada semua pengguna di seluruh dunia, membolehkan orang ramai menyemak kandungan imej, video dan audio yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Sebelum ini, Google hanya menyediakan versi awal SynthID Detector kepada golongan profesional media untuk membantu mengesahkan kandungan yang dijana AI. Kini, akses tersebut diperluaskan kepada pengguna umum dan tersedia secara global dalam bahasa Inggeris.

SynthID Detector menggunakan teknologi SynthID, iaitu sistem tera air yang direka supaya tidak dapat dilihat pada kandungan. Google pertama kali memperkenalkan SynthID pada 2023 dan menyatakan teknologi itu setakat ini telah digunakan pada lebih 180 bilion imej dan video, selain kandungan audio bersamaan 240,000 tahun.

Melalui laman SynthID Detector, pengguna boleh menyemak sama ada sesuatu fail imej, video atau audio dihasilkan menggunakan AI daripada Google atau rakan kongsinya, termasuk OpenAI, NVIDIA dan Kakao. Sokongan untuk Apple pula akan hadir tidak lama lagi.

Raccoon_Video_Google SynthIDDetector.width-1600.format-webp

Alat ini melengkapkan ciri pengesahan Google yang sudah tersedia dalam Google Search, aplikasi Gemini dan Chrome, yang kini mengendalikan lebih 1 juta permintaan setiap hari.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Kini Mudahkan Pindah Kata Laluan, Passkey Ke Password Manager Baharu - Ini Caranya
  • Google Hadkan Gemini Percuma Kepada Flash-Lite Sahaja Mulai 9 Oktober
  • Claude Kini Boleh Digunakan Terus dalam Google Docs, Sheets dan Slides

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY