Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Kini Mudahkan Pindah Kata Laluan, Passkey Ke Password Manager Baharu – Ini Caranya

Google Kini Mudahkan Pindah Kata Laluan, Passkey Ke Password Manager Baharu – Ini Caranya

Diterbitkan September 11, 2026 · Dikemas kini September 11, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan cara baharu untuk memudahkan pengguna Android yang mahu bertukar pengurus kata laluan atau password manager.

Dengan ciri ini, pengguna boleh memindahkan kata laluan dan passkey secara terus ke password manager baharu dengan lebih mudah. Proses ini juga tidak memerlukan pengguna memuat turun fail terlebih dahulu.

Sebelum ini, memindahkan kata laluan memerlukan pengguna mengeksportnya ke dalam fail teks yang tidak disulitkan (unencrypted), yang boleh menyebabkan data tersebut tidak dilindungi pada peranti. Passkey pula tidak boleh dipindahkan langsung, jadi pengguna perlu menciptanya semula untuk laman web dan aplikasi yang digunakan. Kini, Google memudahkan proses memindahkan kedua-duanya ke password manager baharu.

Cara pindahkan kata laluan, passkey ke password manager baharu

Untuk memindahkan data ke password manager baharu, ikut langkah berikut:

  1. Mulakan pemindahan: Buka aplikasi password manager baharu dan pilih pilihan untuk mengimport atau menyalin kata laluan serta passkey daripada penyedia lain. Password manager tersebut kemudiannya akan menyerahkan proses itu kepada Android.
  2. Android menguruskan pemindahan data: Android akan mengesan password manager sedia ada pada peranti secara automatik dan memaparkan pilihan yang boleh digunakan untuk mengimport data.
  3. Semak dan beri kebenaran: Selepas klik “Continue”, Android akan membawa pengguna ke password manager sedia ada untuk memilih, menyemak dan memberikan kebenaran bagi pemindahan tersebut. Data kemudiannya akan dipindahkan antara kedua-dua aplikasi dalam masa beberapa saat.

Google Kini Mudahkan Pindah Kata Laluan, Passkey Ke Password Manager Baharu – Ini Caranya

Buat masa ini, ciri berkenaan sudah tersedia pada Google Password Manager, 1Password, Bitwarden Password Manager dan Dashlane. Google berkata lebih banyak password manager akan menyokong ciri ini pada masa akan datang.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Google Kini Mudahkan Pengguna Beralih Dari iPhone Ke Android
  • Android Kini Lebih Mudah Kongsi Fail Dengan Ciri ‘Tap To Share’
  • Google Mula Lancarkan ‘Advanced Flow’ Untuk 'Sideload' Aplikasi Android
  • Google Kini Boleh Ingat Lokasi Pasport, Barang Penting Dalam Find Hub - Tak Perlu Tag Penjejak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Melonjak Ke Tangga 27 Dalam Indeks Digital Dan AI Global 2026
  • Cara 'Refund' Baki Duit Kad Touch 'n Go Yang Dah 'Expired'
  • Kerajaan Pertimbang Lanjut Tempoh Program Rebat Solar SuRIA Home
  • 9 Fungsi Gemini Notebook Yang Boleh Anda Cuba
  • NVIDIA Dilapor Pertimbang Singkirkan Jensen Huang Sebagai CEO
  • Menjelang Pelancaran GTA 6, Logitech Tawar Cuti Sehari Kepada 7,000 Pekerja Untuk Main 'Game' Pilihan
  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
©2026 WISER.MY