Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Claude google workspace

Claude Kini Boleh Digunakan Terus dalam Google Docs, Sheets dan Slides

Diterbitkan Oktober 7, 2026 oleh Amsyar Latif

Anthropic memperkenalkan Claude for Google Workspace dalam versi beta awam, membolehkan pengguna menggunakan Claude terus dalam Google Docs, Google Sheets dan Google Slides untuk membaca, menghasilkan serta menyunting kandungan.

Integrasi ini tersedia kepada pelanggan Claude Pro, Max, Team dan Enterprise melalui add-on yang boleh dipasang daripada Google Workspace Marketplace.

Menurut Anthropic, Claude akan dipaparkan dalam bar sisi aplikasi Google yang sedang digunakan. Ini membolehkan pengguna meminta bantuan AI tanpa perlu bertukar antara tab pelayar atau aplikasi.

Lebih menarik, Claude bukan sekadar memberikan cadangan, tetapi turut boleh membuat perubahan terus pada fail yang sedang dibuka.

https://x.com/claudeai/status/2107522596845822135?s=20

Apa Yang Claude Boleh Buat?

Dalam Google Docs, Claude boleh membetulkan ayat, menukar gaya tajuk dan menyunting kandungan tanpa mengganggu format dokumen. Untuk perubahan lebih besar, Claude boleh memaparkan cadangan suntingan yang boleh diterima atau ditolak pengguna.

Bagi Google Sheets, Claude mampu menghasilkan formula, membina jadual pangsi (pivot table), mencipta carta serta menambah tab baharu. Ia juga boleh menggunakan Python untuk membantu membersihkan dan memproses data sebelum memasukkan hasilnya kembali ke dalam spreadsheet.

Sementara itu, dalam Google Slides, Claude boleh menghasilkan slaid baharu berdasarkan tema dan susun atur pembentangan sedia ada.

Claude turut boleh menyemak hasilnya untuk mengenal pasti masalah seperti elemen bertindih, kandungan terkeluar daripada slaid dan teks yang sukar dibaca.

Pengguna Masih Kawal Perubahan

Anthropic menyediakan dua pilihan kawalan suntingan.

Secara lalai, Claude menggunakan mod Ask before edits, yang memerlukan pengguna meluluskan perubahan sebelum ia dilaksanakan.

Pengguna juga boleh memilih Accept all edits, membolehkan Claude melakukan suntingan biasa secara terus tanpa meminta kelulusan setiap kali. Bagaimanapun, tindakan tertentu masih tertakluk kepada kawalan keselamatan.

Selain add-on, Anthropic turut memperkenalkan connector Google Docs, Sheets dan Slides dalam versi beta.

Berbeza dengan add-on yang memfokuskan fail sedang dibuka, connector membolehkan pengguna meminta Claude mencipta atau menyunting fail Google terus daripada perbualan dalam Claude.

{suggest}

Cara Menggunakan Claude Dalam Google Workspace

Pengguna boleh memasang add-on Claude melalui Google Workspace Marketplace.

Selepas pemasangan, buka dokumen, spreadsheet atau pembentangan Google dan pilih Extensions > Claude > Open Claude untuk mengaksesnya.

Bagi pengguna akaun organisasi, pemasangan mungkin memerlukan kebenaran pentadbir Google Workspace.

Menurut dokumentasi rasmi Anthropic, add-on ini menyokong pelayar Google Chrome, Microsoft Edge dan Safari, manakala Firefox belum disokong buat masa ini.

Anthropic tidak menyatakan sebarang sekatan khusus mengikut negara untuk integrasi tersebut. Malaysia juga termasuk dalam senarai negara yang menyokong Claude.

Bagaimanapun, pengguna pelan percuma Claude belum mendapat akses kepada beta ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY