Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Meet iOS_

Pengguna iPhone Kini Boleh Sertai Google Meet Terus Melalui Safari

Diterbitkan Jun 24, 2026 ยท Dikemas kini Jun 24, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini memudahkan pengguna iOS menyertai Google Meet tanpa perlu memasang aplikasi Gmail atau Google Meet terlebih dahulu.

Melalui kemas kini terbaharu ini, pautan Google Meet boleh dibuka terus menggunakan pelayar Safari pada peranti iOS. Sebelum ini, pengguna iOS yang tidak memasang aplikasi Gmail atau Google Meet tidak mempunyai pilihan untuk menyertai panggilan melalui peranti mereka.

Join Google Meet calls from Safari on iOS devices – 7015

Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun Google, hanya perlu memasukkan nama untuk meminta kebenaran menyertai panggilan tersebut. Ini menjadikan proses menyertai panggilan lebih mudah tanpa memerlukan pemasangan aplikasi tambahan.

Tiada tetapan khas disediakan untuk pentadbir bagi ciri ini. Sebaliknya, jika pautan Google Meet dibuka pada peranti iOS tanpa aplikasi Gmail atau Google Meet dipasang, pengguna akan diarahkan secara automatik untuk menyertai panggilan melalui Safari.

Google memaklumkan pelancaran ciri ini dilakukan secara berperingkat bermula 23 Jun 2026. Ia akan tersedia kepada semua pelanggan Google Workspace dan pengguna yang menggunakan akaun Google peribadi.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Perkenal Gemini 3.5 Live Translate, Pengguna Kini Boleh Terjemah Perbualan Secara Langsung
  • Simulator Penerbangan Google Earth Kini Boleh Diakses Melalui Versi Web
  • Pengguna Kini Boleh Buat Panggilan Suara, Video Secara Terus Di WhatsApp Web

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY