Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Earth Flight Simulator_3

Simulator Penerbangan Google Earth Kini Boleh Diakses Melalui Versi Web

Diterbitkan Jun 16, 2026 ยท Dikemas kini Jun 16, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini membolehkan pengguna mengakses simulator penerbangan dalam Google Earth terus melalui pelayar web, tanpa perlu memuat turun aplikasi desktop seperti sebelum ini.

Ciri tersebut sebenarnya telah diperkenalkan dalam Google Earth sejak 2007, namun ia sebelum ini tersembunyi dalam versi desktop dan hanya boleh diaktifkan menggunakan pintasan Ctrl+Alt+A. Disebabkan itu, ramai pengguna mungkin tidak menyedari kewujudannya.

Kini, mod simulator penerbangan itu diperluaskan ke versi web Google Earth dan menjadikannya lebih mudah diakses oleh pengguna di seluruh dunia.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu membuka laman web Google Earth, pilih butang “Explore Earth” dan seterusnya mengakses pilihan “Flight Simulator” dalam menu Tools.

Google Earth Flight Simulator_2

Simulator ini membolehkan pengguna menerbangkan pesawat maya sambil meneroka pelbagai lokasi di seluruh dunia menggunakan peta tiga dimensi dan pengimejan satelit Google Earth. Selain melihat permukaan bumi dari udara, pengguna juga boleh menjelajah bandar, gunung, pulau dan pelbagai mercu tanda terkenal dari perspektif kokpit.

Bagi pengalaman yang lebih realistik, Google mengesyorkan penggunaan paparan Satellite berbanding mod peta biasa. Pengguna juga boleh memilih sendiri lokasi yang ingin diterokai sebelum memulakan penerbangan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/16111623/Google_Earth_-_Prepare_for_takeoff.____Flight_simulator_is_now_available_globally_on_fV7xn9.mp4

Google turut menyediakan panduan kawalan menggunakan papan kekunci dan tetikus bagi membantu pengguna mengendalikan pesawat.

Sekiranya pesawat terhempas, simulator akan dihentikan dan pengguna boleh menetapkan semula kedudukan pesawat ke altitud yang selamat untuk meneruskan penerbangan.

Berkaitan

  • Google Maps Perkenal Ciri AI Ask Maps, Kemas Kini 'Immersive Navigation'
  • Android Auto Kini Lebih Pintar: Google Maps 3D, Integrasi Gemini Dan Sokongan Video YouTube
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Strava Tambah Ciri Baharu Untuk Aktiviti Mendaki - Termasuk Navigasi Luar Talian, Peta Aktiviti 3D

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY