Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GXBank Kini Tawarkan Data Mudah Alih Untuk Lebih 120 Negara Terus Dalam Aplikasi

GXBank Kini Tawarkan Data Mudah Alih Untuk Lebih 120 Negara Terus Dalam Aplikasi

Diterbitkan Julai 13, 2026 · Dikemas kini Julai 13, 2026 oleh Amalina Athman

GXBank kini memperluaskan fungsi dalam aplikasinya dengan menawarkan akses data mudah alih antarabangsa hasil kerjasama dengan Firsty, sebuah platform sambungan global.

Melalui ciri baharu ini, pengguna GXBank boleh membuat pembelian dan mengaktifkan data mudah alih untuk lebih 120 negara sebelum tiba ke destinasi, tanpa memerlukan aplikasi berasingan atau kad SIM fizikal tempatan.

Dengan inisiatif ini, ia memberikan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan sambungan internet ketika melancong ke luar negara melalui aplikasi GXBank, sekali gus mengurangkan keperluan mencari SIM tempatan sebaik tiba atau berdepan caj perayauan (roaming) yang tidak dijangka.

Menurut GXBank, kerjasama dengan Firsty menjadikannya antara bank digital terawal di Asia Tenggara yang mengintegrasikan perkhidmatan sambungan mudah alih ke dalam aplikasi perbankan.

Ketersediaan

Sempena pelancaran ini, pelanggan GXBank akan menerima pulangan tunai 100% untuk satu pelan data Firsty, menjadikan pengalaman penggunaan kali pertama percuma sepenuhnya.

Tawaran ini tersedia terus melalui aplikasi GXBank dan kini dibuka kepada pelanggan GXBank yang layak di Malaysia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Tunai Antara Bank Di ATM - Berkuat Kuasa 1 Julai 2026
  • BNM Arah Penamatan Rangkaian Pembayaran QR Tertutup Menjelang 30 Jun 2028
  • Boost Tambah Baik Boba AI, Perluas Keupayaan Agentic AI Dalam Urusan Perbankan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY