Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta AI featured image_

Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Akses Meta AI

Diterbitkan November 5, 2025 ยท Dikemas kini November 5, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas diperkenalkan lebih setahun lalu, pembantu kecerdasan buatan (AI) Meta AI kini dilihat sudah mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

Dikuasakan oleh Llama 4, Meta AI membolehkan pengguna bertanya soalan, menjana imej atau video melalui Imagine AI, serta mencipta pelekat AI dan pelbagai kandungan lain. Semua ciri ini diintegrasikan ke dalam platform Meta seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger.

Menerusi tinjauan, Meta AI kini sudah boleh diakses melalui laman web Meta AI, termasuk di Facebook dan Instagram.

Akses di WhatsApp pula masih terhad kepada sebilangan pengguna iOS serta Android, dan dijangka akan diperluaskan secara berperingkat sebelum tersedia untuk semua.

Meta AI Instagram_
Instagram
Meta AI Web_1
laman web Meta AI
Meta AI WhatsApp_3
WhatsApp
Meta AI Facebook_
Facebook

Sementara itu, akses melalui Messenger nampaknya masih belum tersedia. Aplikasi kendiri Meta AI juga masih belum boleh digunakan oleh pengguna di Malaysia, dan pada masa ini hanya berfungsi untuk dipadankan dengan cermin mata pintar Meta sahaja.

Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Akses Meta AI

Di WhatsApp dan Instagram, pengguna boleh mengakses Meta AI melalui bar carian dalam chat, membolehkan pengguna bertanya soalan atau menjana kandungan secara terus tanpa perlu meninggalkan aplikasi.

Berkaitan

  • Meta AI Akan Tersedia Di Malaysia Tak Lama Lagi
  • Meta Lancar Aplikasi AI Kendiri - Dilengkapi Suapan Sosial, Integrasi Cermin Mata Pintar
  • 1 Bilion Dah Guna Meta AI, Tapi Ramai Tak Sedar Pun Mereka Sedang Guna
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY