Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta, AFP

1 Bilion Dah Guna Meta AI, Tapi Ramai Tak Sedar Pun Mereka Sedang Guna

Diterbitkan Mei 29, 2025 · Dikemas kini Mei 29, 2025 oleh Amsyar Latif

Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Meta AI kini digunakan oleh lebih 1 bilion orang setiap bulan merentasi aplikasi seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Akan tetapi realitinya, ramai pengguna mungkin tak sedar pun mereka sedang guna AI, kerana Meta AI sudah ditawarkan terus ke dalam ciri-ciri aplikasi itu — contohnya fungsi carian pintar, balasan automatik, dan cadangan kandungan.

Ini bermakna, walaupun angka pengguna Meta AI sangat besar, belum tentu semuanya menggunakannya secara aktif atau sedar mereka sedang berinteraksi dengan sistem AI.

Sebagai perbandingan, Google mendakwa ciri AI Overviews dalam hasil carian kini digunakan oleh 1.5 bilion orang, menjadikannya produk Gen AI paling meluas di dunia. Aplikasi Gemini AI pula sudah mempunyai lebih 400 juta pengguna bulanan.

Dalam usaha meningkatkan pengaruh, Meta baru sahaja melancarkan aplikasi Meta AI yang berdiri sendiri pada hujung April, direka sebagai pembantu AI peribadi pengguna, dengan penekanan pada perbualan suara yang diperibadikan.

Zuckerberg menyatakan bahawa pertumbuhan terpantas penggunaan Meta AI kini berlaku di WhatsApp, dan tahun ini fokus Meta adalah meningkatkan pengalaman pengguna dan menjadikan Meta AI sebagai AI peribadi nombor satu.

Walaupun pertumbuhan pesat AI dilihat di pelbagai platform, cabaran masih wujud, termasuk risiko maklumat palsu, model bisnes yang belum stabil, dan kesan jangka panjang kepada masyarakat yang masih belum jelas.

Apa-apa pun, gergasi teknologi seperti Meta, Google dan OpenAI sedang berlumba menghasilkan AI paling ‘dekat’ dengan pengguna. Bukan setakat bot sembang, tetapi pembantu digital yang faham dan ikut gaya hidup anda.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • AI Kini Tulis Kod Untuk Microsoft, Meta Dan Google
  • Meta Bangunkan Cermin Mata AI Yang Kenal Wajah & Jejak Aktiviti Harian

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY