Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Meta AI_1

Lebih 12 Negara Mula Terima Ciri AI Generatif Di WhatsApp

Diterbitkan April 19, 2024 · Dikemas kini April 19, 2024 oleh Amalina Athman

Setelah dalam tempoh ujian sekitar enam bulan lalu, WhatsApp secara rasmi mengumumkan ciri AI generatif – Meta AI akan tersedia secara berperingkat untuk lebih banyak pengguna.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Cari Mesej Dengan Lebih Pantas

Dibangunkan dengan model Llama 3, Meta AI merupakan pembantu AI yang disediakan secara percuma di WhatsApp, Facebook, Instagram, dan Messenger.

Di WhatsApp, Meta AI boleh diakses melalui bar carian, yang membolehkan pengguna bertanya secara terus tanpa perlu meninggalkan aplikasi. Hanya perlu taip soalan dan Meta AI akan menyediakan cadangan atau jawapan yang bersesuaian.

Meta AI on WhatsApp is expanding to more than a dozen countries in English 🌍

if it’s available in your country, you can now ask Meta AI a question right from the search feature at the top of your chats pic.twitter.com/M6puLhkQNm

— WhatsApp (@WhatsApp) April 18, 2024

Lebih menarik, ciri Imagine Meta AI kelak membolehkan pengguna menjana imej dan video AI melalui prompt teks. Pengguna akan melihat imej muncul semasa mula menaip – dan ia akan berubah setiap kali beberapa huruf ditaip dengan “sepantas kilat”.

Meta AI WhatsApp

Selain Amerika Syarikat, ciri Meta AI akan tersedia dalam bahasa Inggeris secara berperingkat di Australia, Kanada, Ghana, Jamaica, Malawi, New Zealand, Nigeria, Pakistan, Singapura, Selatan Afrika, Uganda, Zambia dan Zimbabwe – dan akan diperluaskan di lebih banyak negara, termasuk Malaysia.

Dalam beberapa bulan akan datang, WhatsApp menjangkakan akan terus meningkatkan prestasi Meta AI dan membawa keupayaan baharu pada aplikasi pemesejan itu.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY