Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta AI_

Meta AI Akan Tersedia Di Malaysia Tak Lama Lagi

Diterbitkan Oktober 10, 2024 · Dikemas kini Oktober 10, 2024 oleh Amalina Athman

Meta kini mengesahkan bahawa ciri kecerdasan buatan (AI) generatif, Meta AI akan diperluaskan ke 21 negara.

Bermula hari ini, ciri tersebut akan tersedia di Brazil, Bolivia, Guatemala, Paraguay, Filipina dan United Kingdom. Dalam beberapa minggu akan datang, Meta AI akan ditawarkan di Malaysia, Maghribi, Arab Saudi, Algeria, Mesir, Indonesia, Iraq, Jordan, Libya, Sudan, Thailand, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Yaman.

Meta AI_
Meta AI_3
Meta AI_2

Dengan ciri Meta AI, pengguna boleh menggunakan bot sembang untuk bertanya apa-apa soalan, Imagine AI untuk menjana imej dan video AI melalui gesaan teks, pelekat AI dan lain-lain. Ciri ini boleh diakses melalui rangkaian media sosial Meta seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger.

Berikutan pelancaran secara berperingkat ini, Meta AI secara keseluruhan akan tersedia di 43 negara dengan sejumlah sokongan bahasa.

Meta menjangkakan ia akan menjadi pembantu AI paling banyak digunakan di dunia menjelang akhir tahun ini, dengan hampir 500 juta pengguna aktif setiap bulan.

Berkaitan

  • Anda Sepatutnya Mula Terima 3 Ciri 'AI' Di WhatsApp
  • Meta Lancar 4 Ciri Baharu Untuk Pengguna Facebook Messenger
  • Lebih 12 Negara Mula Terima Ciri AI Generatif Di WhatsApp
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY