Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Dakwa iOS 26 ‘Kuat Makan Bateri’

Pengguna Dakwa iOS 26 ‘Kuat Makan Bateri’

Diterbitkan September 17, 2025 · Dikemas kini September 17, 2025 oleh ariff bukhari

Apple telah pun mula melepaskan versi naik taraf iOS bagi iPhone menerusi iOS 26.

iOS 26 memperkenalkan beberapa ciri baharu seperti Liquid Glass, antaramuka lutsinar yang memantulkan dan membiaskan elemen sekeliling bagi memberikan kesan visual yang lebih hidup, Genmoji & Image Playground – gabung emoji, Genmoji dan teks untuk ekspresi unik dan banyak lagi.

Namun, tidak lama selepas ditawarkan, pengguna mula melaporkan tentang isu hayat bateri yang pendek selepas iPhone mereka dinaik taraf kepada iOS 26.

https://x.com/miggoww/status/1967750653478121748

Sebenarnya, isu bateri iPhone cepat habis selepas menerima iOS baharu bukanlah isu baru.

Isu ini hanya kerap dibangkitkan pengguna iPhone selepas mereka menaik taraf kepada versi iOS baharu seperti yang berlaku pada versi-versi iOS terdahulu, iOS 16 dan iOS 14.

Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini, apabila iOS baharu dipasang pada iPhone, banyak proses latar belakang berlaku seperti pengindeksan dan penentukuran semula bateri yang boleh mengambil masa berjam-jam atau beberapa hari.

Proses ini menggunakan kuasa dan boleh memberi gambaran seolah-olah bateri cepat habis walaupun tidak.

Selain itu, kemas kini aplikasi secara besar-besaran serta ciri baharu turut meningkatkan penggunaan kuasa, terutama pada iPhone yang lebih lama.

Jadi, jika anda pengguna iPhone yang baru memasang iOS 26 dan berdepan isu sama, isu ini adalah normal dan ia akan beransur pulih seperti biasa.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Beats Kini Tawar 'Case' Bagi Siri iPhone 17 Dan Air, Harga Dari RM179
  • Elak Diboikot, Iklan iPhone Air Di Korea Selatan Terpaksa Disunting

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY