Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beats Kini Tawar ‘Case’ Bagi Siri iPhone 17 Dan Air, Harga Dari RM179

Beats Kini Tawar ‘Case’ Bagi Siri iPhone 17 Dan Air, Harga Dari RM179

Diterbitkan September 12, 2025 · Dikemas kini September 12, 2025 oleh ariff bukhari

Dari jenama audio, Beats kini menawarkan aksesori sarung pelindung (case) bagi siri iPhone 17 termasuklah iPhone Air.

Case oleh Beats untuk barisan iPhone terbaru ini direka untuk melindungi telefon daripada calar dan jatuh dengan diuji beribu jam dalam proses pengeluarannya.

Ia menggunakan belakang polikarbonat kukuh dengan sisi fleksibel untuk serapan hentakan, tapi dalam rekaan nipis dan ringan.

Beats Kini Tawar ‘Case’ Bagi Siri iPhone 17 Dan Air, Harga Dari RM179
Beats iPhone 17 Pro Case dengan MagSafe dan Camera Control — Pebble Pink

Bahagian luar berkemasan matte mengurangkan kesan calar, cap jari dan kotoran, manakala lapisan dalam mikrofiber melindungi daripada calar halus.

Sarung ini menyokong ciri Camera Control untuk gerakan jari tepat seperti klik dan leret, serta MagSafe dengan magnet terbina bagi pemasangan mudah dan pengecasan tanpa wayar.

Selain itu, Beats turut menawarkan aksesori case lain untuk siri iPhone 17  menerusi versi rugged (RM329) dan kickstand case (RM299) (tiada bagi model iPhone Air).

Beats Kini Tawar ‘Case’ Bagi Siri iPhone 17 Dan Air, Harga Dari RM179
Beats iPhone 17 Pro Kickstand Case with MagSafe and Camera Control – Bedrock Blue
Beats Kini Tawar ‘Case’ Bagi Siri iPhone 17 Dan Air, Harga Dari RM179
Beats iPhone 17 Pro Rugged Case with MagSafe and Camera Control – Rocky Blue

Beli siri iPhone 17 dan aksesori dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmyksl
  • Lazada – https://invl.me/clmyksj

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Apple Mulakan Trend Global: iPhone 17 Air Hanya Sokong eSIM
  • iPhone Air Mahal Sangat? Ini Alternatif Untuk Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY