Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Air

Elak Diboikot, Iklan iPhone Air Di Korea Selatan Terpaksa Disunting

Diterbitkan September 17, 2025 · Dikemas kini September 17, 2025 oleh ariff bukhari

Apple minggu lalu telah pun melancarkan siri iPhone 17 termasuk model paling nipisnya, iPhone Air.

Dalam kempen iklan mereka, Apple menonjolkan reka bentuk nipis iPhone Air dengan isyarat tangan “cubit” bagi memegang iPhone Air dari sudut pandang sisi untuk menunjukkan betapa nipisnya iPhone tersebut.

Namun, gambaran dari iklan itu telah menimbulkan isu di Korea Selatan kerana di sana ia membawa maksud menghina saiz kemaluan lelaki yang dikenali sebagai “jibgeson”.

Elak Diboikot, Iklan iPhone Air Di Korea Selatan Terpaksa Disunting
Perbezaan iklan iPhone Air di laman web Apple Malaysia dengan Apple Korea Selatan.

Jadi, bagi mengelakkan risiko diboikot atau salah faham, Apple memilih untuk menyunting semula iklannya tanpa memaparkan tangan yang mencubit iPhone Air sebagai langkah menghormati  sensitifviti terhadap simbol dan budaya.

iPhone Air ditawar pada harga bermula RM4,999 dengan storan 256GB.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • iPhone Air Mahal Sangat? Ini Alternatif Untuk Anda
  • Copilot Vision Kini Tersedia Pada Semua Pengguna Edge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY