Ini Punca Mengapa iOS 14 Menyebabkan Bateri iPhone Anda Cepat Habis

Kemas kini iOS 14 telahpun ditawarkan pada semua model iPhone yang menyokong versi tersebut.

Walaubagaimanapun seperti biasa, pengguna iPhone merungut tentang bateri iPhone mereka cepat habis luar dari kebiasaan selepas mereka mengemas kini kepada versi iOS terbaru.

Berikut adalah antara aduan pengguna iPhone yang melepaskan kemarahan mereka di laman Twitter:


  • "If you haven't done the iOS 14 update; DONT DO IT. The battery drain is unbelievable. From 90% to 3% in one hour."

  • "IOS 14 CAN YOU PLS STOP WRECKING MY BATTERY LIFE I JUST WANT MY PHONE TO MAKE IT THROUGH THE DAY THANK YOU."

  • "My battery used to last me FOREVER on the pro max but ever since iOS 14 my battery life is garbage."


Namun begitu, seorang pakar dari laman ZDNet bernama Adrian Kingsley-Hughes mempunyai penjelasan tentang isu tersebut.

Beliau menjelaskan, isu bateri iPhone cepat habis adalah satu perkara biasa dan kerap berlaku. Terutamanya apabila Apple menawarkan kemas kini terbaru.

Ini kerana menurut beliau, sistem telefon pintar itu mengambil masa untuk kalibrasi dengan kemas kini baru yang dipasang ke dalam sistem iOS.

Beliau menjelas, "First off, installing a new OS on an iPhone triggers a lot of stuff to go on in the background, from indexing to recalibrating the battery, and this can go on for hours or even days."



"Not only does this consume power, but the battery recalibration can give the impression that the battery is draining more rapidly when in fact it isn't." Adrian Kingsley-Hughes.

Beliau menambah, "Add to this the dual factor of a lot of app updates happening following a new release, combined with a lot of new features available that may put more drain on an older handset."

Jadi, beliau menasihatkan supaya pengguna tidak perlu risau akan isu bateri iPhone yang cepat habis dalam masa seminggu selepas iPhone mereka dikemas kini.

"It takes time for things to normalise," Adrian Kingsley-Hughes.

Jika pengguna mengaitkannya dengan pepijat pula, beliau bersetuju bahawa setiap kemas kini iOS adalah tidak sempurna. Jadi kewujudan pepijat yang menyebabkan ketidak sempurnaan pada sistem iOS akan berlaku dan memang dijangkakan.

"...developers have been given almost no time to release apps that are ready for iOS 14, so problems are to be expected." Adrian Kingsley-Hughes.

Tetapi sekiranya anda merasa bimbang dengan keadaan bateri iPhone anda, maka bolehlah menyemak status bateri iPhone itu menerusi Settings > Battery > Battery Health.