Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 pro_wiser

Pengguna iPhone 16 Lapor Isu Bateri Cepat Habis

Diterbitkan Oktober 18, 2024 · Dikemas kini Oktober 18, 2024 oleh Amalina Athman

Beberapa pengguna iPhone 16 telah mengalami isu kehabisan bateri secara berlebihan dan tidak dijangka, menurut perkongsian di Reddit, Apple Support Community dan forum MacRumors.

Dalam sebilangan kes, kebanyakan isu bateri cepat habis berlaku dalam mod standby apabila ‌iPhone‌ tidak digunakan, mencadangkan aktiviti latar (background activity) boleh menyebabkan masalah kepada sesetengah pengguna.

Di Reddit, seorang pengguna melakukan eksperimen dengan ‌iPhone 16 Pro‌ dan iPhone 14 Pro, dan mendakwa telah menggunakan kedua-duanya dengan cara yang sama. ‌Bateri iPhone 16 Pro‌ merosot kepada 58% dalam masa 36 jam, manakala ‌iPhone 14‌ Pro berada pada 85%.

Walaupun kebanyakan aduan adalah daripada pengguna iPhone 16, model iPhone lebih lama yang menjalankan iOS 18 turut mengalami masalah yang sama.

Isu bateri cepat habis sukar untuk didiagnosis kerana tabiat penggunaan ‌iPhone‌ sangat berbeza bagi setiap orang dan dari hari ke hari. Sesetengah pengguna melaporkan terdapat peningkatan dengan iOS 18.0.1 dan iOS 18.1 beta, tetapi kemas kini perisian tidak berfungsi untuk semua.

Tidak jelas apa yang memberi kesan kepada masalah tersebut, namun ia kelihatan seperti terdapat pepijat yang perlu diperbaiki oleh Apple dalam kemas kini ‌akan datang.

Berkaitan

  • Kelajuan USB-C iPhone 16 Masih Perlahan Seperti USB 2.0 24 Tahun Dulu
  • Ujian Dedahkan Kelajuan Pengecasan Sebenar Untuk iPhone 16 Pro Max
  • iOS 18.0.1 Tangani Isu Skrin Tidak Responsif, Pembetulan Pepijat Dan Keselamatan
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY