Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EA Electronic Arts PIF_01

Pengambilalihan Electronic Arts Selesai – EA Kini Milik Konsortium Diketuai PIF Arab Saudi

Diterbitkan Ogos 5, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh Amalina Athman

Electronic Arts (EA) secara rasmi kini menjadi sebuah syarikat persendirian selepas pengambilalihan bernilai AS$55 bilion oleh konsortium yang diketuai Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi bersama Silver Lake dan Affinity Partners selesai dimuktamadkan.

Urus niaga itu sebelum ini diumumkan pada September 2025 dan menerima kelulusan pemegang saham EA pada Disember tahun sama. Dengan pengambilalihan itu selesai, saham EA tidak lagi didagangkan di bursa NASDAQ selepas dinyahsenaraikan, sekali gus menjadikan transaksi tersebut antara pengambilalihan terbesar dalam sejarah industri permainan video.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, pemegang saham EA akan menerima pembayaran tunai sebanyak AS$210 bagi setiap saham yang dimiliki pada tarikh penutupan pengambilalihan.

EA turut mengesahkan syarikat itu akan terus beroperasi di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Andrew Wilson, tanpa sebarang perubahan yang diumumkan terhadap studio pembangunan atau barisan permainannya.

PIF yang telah menjadi pelabur minoriti dalam EA selama lebih lima tahun berkata konsortium itu komited menjadi rakan kongsi jangka panjang kepada pasukan pengurusan EA bagi menyokong pertumbuhan dan inovasi syarikat.

Silver Lake pula memaklumkan pihaknya akan melabur dalam pembangunan EA, termasuk memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan proses pembangunan permainan serta pengalaman pemain. Sementara itu, Affinity Partners berkata pihaknya akan membantu EA memperluaskan jangkauan kepada lebih ramai pemain di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Netflix Dilapor Pernah Pertimbang Untuk Ambil Alih EA
  • Electronic Arts Lancar 'EA Advertising' Untuk Integrasi Iklan Dalam Permainan
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY