Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Dilapor Pernah Pertimbang Untuk Ambil Alih EA

Netflix Dilapor Pernah Pertimbang Untuk Ambil Alih EA

Diterbitkan Disember 9, 2025 · Dikemas kini Mac 31, 2026 oleh Amalina Athman

Sebelum rundingan dengan Warner Bros. Discovery, Netflix dilapor pernah mempertimbangkan untuk mengambil alih Electronic Arts (EA) dan dua studio filem lain.

Menurut laporan Bloomberg, pihak pengurusan Netflix sebelum ini pernah membincangkan untuk mengambil alih hampir semua aset besar yang ditawarkan untuk dijual, termasuk EA, Fox dan Disney.

Bagaimanapun, pihak pengurusan dikatakan tidak pernah mencapai kata sepakat dalam sebarang perjanjian, serta bimbang sekiranya rancangan itu boleh menjejaskan keyakinan pelabur.

Laporan itu tidak menyertakan butiran sejak bila Netflix mula mempertimbangkan pengambilalihan tersebut, terutama kerana Disney biasanya merupakan syarikat yang membeli studio lain termasuk Pixar, Marvel dan Lucasfilm.

Berkenaan pengambilalihan Warner Bros., sekiranya berjaya melepasi halangan pihak berkuasa, ia bakal meletakkan Netflix sebagai gergasi dalam industri hiburan. Namun, Paramount juga dilihat tidak mahu kalah dan menawarkan bidaan lebih tinggi kepada WBD untuk memintas perjanjian sedia ada dengan Netflix.

Sementara itu, cadangan pengambilalihan EA dengan nilai $55 bilion oleh Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi turut menjadi tumpuan industri.

Pada masa ini, tiada jaminan sama ada pengambilalihan Warner Bros. atau EA akan berlaku, kerana kedua-duanya masih perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa selepas melalui pemeriksaan yang ketat.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Warner Bros. Discovery Pertimbang Jual Syarikat - Netflix, Comcast Antara Yang Berminat
  • Netflix Sah Bakal Ambil Alih Warner Bros - Termasuk HBO, HBO Max
  • Paramount Cabar Netflix, Tawar $108.4 Bilion Untuk Ambil Alih Warner Bros

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
©2026 WISER.MY