Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EA Advertising

Electronic Arts Lancar ‘EA Advertising’ Untuk Integrasi Iklan Dalam Permainan

Diterbitkan Jun 16, 2026 ยท Dikemas kini Jun 16, 2026 oleh Amalina Athman

Electronic Arts (EA) kini mengumumkan pelancaran EA Advertising, platform baharu yang membolehkan jenama menempatkan iklan dan kandungan promosi secara terus dalam permainan video syarikat itu.

Melalui platform ini, jenama boleh diintegrasikan secara terus dalam permainan menerusi elemen seperti papan iklan di stadium, kandungan khas dalam permainan serta aktiviti interaktif yang disesuaikan mengikut judul permainan tertentu. Menurut EA, pendekatan tersebut direka untuk menjadikan jenama sebahagian daripada persekitaran permainan tanpa mengganggu pengalaman pemain.

EA Advertising_01
Integrasi dalam permainan

EA turut membolehkan kempen diurus dan dikemas kini secara masa nyata dalam permainan, dengan penempatan kandungan yang boleh disesuaikan mengikut matlamat pemasaran. Prestasi kempen pula boleh dipertingkatkan berdasarkan data interaksi yang dikumpulkan secara agregat.

Bagi menyokong platform tersebut, EA membangunkan sistem pelayan iklannya sendiri yang membolehkan penyasaran audiens dan analisis prestasi kempen dilakukan dengan lebih berkesan, sambil mengekalkan perlindungan privasi pengguna.

EA berkata beberapa syarikat seperti Visa, Red Bull, Lowe’s, Xfinity, Peacock dan Mountain Dew telah mula menggunakan pendekatan ini menerusi pelbagai bentuk integrasi dalam permainan EA SPORTS. Antara pelaksanaannya termasuk cabaran khas, kandungan berjenama, ganjaran eksklusif dan pengalaman maya yang dibangunkan khusus untuk komuniti pemain.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Xbox Hentikan Copilot AI, Fokus Semula Kepada Permainan
  • Sony Dilapor Tidak Lagi Tawarkan Permainan 'Single-Player' PlayStation Di PC
  • Penyelidik Australia Berjaya Latih Sel Otak Makmal Bermain Permainan Video Klasik 'Doom'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
©2026 WISER.MY