Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tiktok shop tolak duit shipping

Pendapatan Tiba-Tiba Berkurang, Peniaga Dakwa TikTok Shop Kenakan Caj Untuk Jualan 2-3 Bulan Lepas

Diterbitkan Oktober 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa peniaga tempatan mendakwa TikTok Shop memotong pendapatan mereka untuk kos penghantaran percuma bagi jualan beberapa bulan lepas.

Kongsi mereka, jualan-jualan tersebut menggunakan baucar pemghantaran percuma, lantas sepatutnya ditanggung oleh TikTok.

tiktok shop tolak duit (4)

Namun, selepas berbulan-bulan, TikTok mengecas mereka pula. Bukan itu sahaja, malah cas tersebut berkali ganda lebih mahal sehingga ada yang ratusan ringgit.

Sorang peniaga berkata beliau dicaj sebanyak sekitar RM300 untuk kos penghantaran jualan yang berlaku pada Julai lalu, sedangkan barang dijualnya hanyalah tudung.

tiktok shop tolak duit (5)

Berdasarkan perkongsian ini, 3 perkara berkait yang membuatkan penjual berasa teraniaya ialah:

  • TikTok diam-diam ambil duit daripada peniaga (antaranya untuk kos penghantaran yang sepatutnya percuma).
  • TikTok tidak beritahu penghantaran percuma ditanggung peniaga.
  • TikTok hanya cas kos tersebut selepas berbulan-bulan jualan tersebut selesai.

tiktok shop tolak duit (3)

Jika perkara ini benar, TikTok dilihat seolah-olah memperdaya peniaga kerana mengenakan caj penghantaran selepas lama transaksi berlaku.

Jika TikTok sejak awal memaklumkan kos penghantaran percuma ditanggung penjual dan mengenakan caj terus dalam transaksi sama, mungkin penjual masih boleh menerimanya.

tiktok shop tolak duit (1)

Dalam ruangan komen, ada yang berkata ia mungkin disebabkan peniaga yang telah tertekan pautan dihantar scammer namun pemilik hantaran berkata mustahil kerana terlalu peniaga hadapi isu sama.

TikTok Malaysia masih tidak memberi komen atas dakwaan ini. Teruskan bersama kami untuk perkembangan seterusnya.

Berkaitan

  • TikTok Shop Lantik Ninja Van Sebagai Kurier Rasmi
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Yuran Transaksi TikTok Shop Meningkat Mulai Oktober
  • 'Buy Now Pay Later' Di Shopee Akan Dikenakan Caj Pemprosesan 1.5% Bermula Minggu Depan
  • TikTok Akan Benarkan Hos Hadkan 'Live' Untuk Pengguna Berumur 18 Tahun Ke Atas Sahaja
  • Ramai Merungut Tentang Penghantaran, MyCC Arah Shopee Jelaskan Cara Atasinya Sebelum November

Sumber: Iekaa Mustapha

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY