Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung ‘Ajak’ Pengguna iPhone Cuba Galaxy Tanpa Tukar Peranti

‘Buy Now Pay Later’ Di Shopee Akan Dikenakan Caj Pemprosesan 1.5% Bermula Minggu Depan

Diterbitkan Oktober 15, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 15, 2022 oleh Amalina Athman

Shopee kini mengumumkan pengguna akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak 1.5% melalui pilihan pembayaran Buy Now Pay Later (BNPL) di SpayLater, berkuat kuasa pada 17 Oktober 2022.

Berkaitan

  • Pembayaran SPayLater Kini Patuh Syariah

Melalui BNPL, pengguna Shopee boleh membuat pembelian dengan segera dan membayar pada bulan berikutnya.

Sebelum ini, tiada sebarang caj pemprosesan yang dikenakan bagi pilihan pembayaran BNPL secara one-off atau sekali gus. Bagaimanapun, dengan perubahan terbaharu ini, pengguna akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak 1.5% sebulan ke atas jumlah pembayaran atau pesanan.

‘Buy Now Pay Later’ Di Shopee Akan Dikenakan Caj Pemprosesan 1.5% Bermula Minggu Depan

Sementara itu, bagi pembayaran ansuran selama 2 hingga 12 bulan pula kekal dengan caj pemprosesan sebanyak 1.5%. Ini bermakna, semua pilihan pembayaran SPayLater kini dikenakan caj pemprosesan yang sama iaitu sebanyak 1.5%.

Sama seperti sebelumnya, akaun SPayLater akan dibekukan jika lewat membuat pembayaran dan semua pilihan pembayaran SPayLater akan dikenakan caj lewat bayar sebanyak RM10 untuk mengaktifkan semula akaun.

Sumber: Shopee SPayLater

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY