Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penang Port_01

Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian

Diterbitkan Oktober 19, 2026 oleh Amalina Athman

Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang melaksanakan rangkaian 5G persendirian menggunakan spektrum khusus, satu pencapaian penting dalam transformasi digitalnya ke arah menjadi pelabuhan pintar.

Memetik laporan Bernama, rangkaian yang dibangunkan oleh Altel Communications Sdn Bhd (Altel) itu meliputi kawasan seluas kira-kira 2.5 kilometer persegi, merangkumi Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) dan Dermaga Air Dalam Butterworth (BDWW).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port, Fakhrul Azhar Tajudin berkata rangkaian ini beroperasi secara bebas daripada rangkaian mudah alih komersial awam, dengan sistem teras 5G dan aplikasi pelabuhan yang berkaitan ditempatkan sepenuhnya di dalam kawasan pelabuhan.

Pendekatan itu memberikan pengendali pelabuhan kawalan yang lebih besar terhadap prestasi rangkaian dan data operasi, selain menyokong kedaulatan data, keselamatan, serta komunikasi dengan kependaman (latency) yang rendah.

“Pelaksanaan rangkaian 5G persendirian ini merupakan satu langkah strategik yang penting dalam merealisasikan visi tersebut, membolehkan penggunaan teknologi pintar, sistem yang saling berhubung, dan automasi progresif di seluruh ekosistem pelabuhan,” katanya.

Sejajar dengan usaha itu, infrastruktur rangkaian berkenaan direka untuk menyokong penggunaan teknologi pelabuhan pintar pada masa hadapan, termasuk jentera pengangkut (prime mover) autonomi, kren dan gantri yang dikawal dari jauh, analitik video berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta sistem pengawasan pintar.

Rangkaian tersebut juga mampu menyokong aplikasi yang memerlukan ketersediaan rangkaian yang tinggi dengan kependaman di bawah 15 milisaat.

Gambar utama: Facebook//Penang Port

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Open DC Umum Perluasan Kapasiti Pusat Data Di Kedah Dan Pulau Pinang
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
©2026 WISER.MY