Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Open DC Umum Perluasan Kapasiti Pusat Data Di Kedah Dan Pulau Pinang

Open DC Umum Perluasan Kapasiti Pusat Data Di Kedah Dan Pulau Pinang

Diterbitkan September 22, 2026 oleh ariff bukhari

Open DC Sdn Bhd (“Open DC”), salah sebuah syarikat penyedia pusat data di Malaysia mengumumkan rancangan besar untuk memperkukuh infrastruktur digital Malaysia dengan meluaskan kapasiti pusat data di utara Semenanjung.

Langkah ini bertujuan memenuhi permintaan serantau yang semakin meningkat serta memperkukuh kesalinghubungan rentas sempadan ASEAN.

Open DC Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh EBB Group yang mengendalikan enam pusat data di empat negeri dengan kapasiti melebihi 360,000 kaki persegi.

Dua lokasi utama yang menjadi tumpuan untuk pengembangan ini ialah D8-1 di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan PE2 di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

D8-1 akan dibangunkan sebagai hab pengkomputeran AI dan kesalinghubungan sempadan Malaysia–Thailand, manakala PE2 diperluas secara berperingkat ke arah kapasiti 100MW di kampus seluas sepuluh ekar, mengikut kadar permintaan berdasarkan kontrak. 

Open DC Umum Perluasan Kapasiti Pusat Data Di Kedah Dan Pulau Pinang
Terletak dalam Zon Ekonomi Sempadan Khas Delapan (SBEZ), lima minit dari sempadan Malaysia–Thailand, D8-1 diposisikan sebagai hab perangkai padan sempadan bagi aliran trafik data rentas sempadan.
Open DC Umum Perluasan Kapasiti Pusat Data Di Kedah Dan Pulau Pinang
Open DC kini memajukan rancangan untuk menambah kapasiti PE2 agar seiring dengan permintaan.

Menurut Pengarah Urusan Open DC, Wong Weng Yew, syarikat kekal komited membangunkan infrastruktur digital yang mampan dan mampu memenuhi keperluan wilayah, melangkaui kluster tradisional.

Beliau menegaskan bahawa peningkatan kapasiti ini akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab data serantau yang strategik.

 

“Kesalinghubungan dan kapasiti yang dipertingkatkan di wiayah utara ini menyokong sektor yang berkembang pesat termasuk AI, teknologi berasaskan awan, pembuatan termaju, logistik dan utiliti,” Pengarah Urusan Open DC, Wong Weng Yew.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekonomi digital negara, tetapi juga membuka peluang kepada pelaburan teknologi tinggi dan pembangunan tenaga kerja mahir.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Beriklim Sejuk Dan Sumber Elektrik Stabil Tarik Google Untuk Bina Lebih Banyak Pusat Data AI Di Finland
  • Bimbang Kekurangan Air, Penduduk Bantah Pembinaan Pusat Data Seluas 50 Hektar Di Austria

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • PROTON Perkasakan Kualiti Dan Produktiviti Di Kilang EV Tanjung Malim
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY