Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan

Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan

Diterbitkan Oktober 9, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 9, 2026 oleh ariff bukhari

Di tengah perubahan landskap industri semikonduktor dunia, Pulau Pinang semakin menonjol sebagai destinasi utama pelaburan teknologi tinggi.

Menurut kerajaan negeri itu, Pulau Pinang sudah menyumbang kira-kira 5% daripada eksport semikonduktor dunia.

Namun, kekurangan tanah untuk perluasan bagi menampung kepesatan pemain industri elektrik dan elektronik (E&E) menjadi kekangan utama kepada Kerajaan negeri itu.

Jadi, sebagai penyelesaiannya, Pulau Pinang kini sedang melaksanakan sebuah projek mega yang dikenali sebagai “Silicon Island“ (Pulau Silikon) yang kini sedang rancak berjalan di pesisir selatan Pulau Pinang.

Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
Green Tech Park dalam Pulau Silikon merentasi 700 ekar, bakal menjadi pusat industrial bernilai tinggi yang canggih dan mampan.

Pulau Silikon akan memberikan ruang kepada pemain utama seperti Intel dan AMD untuk berkembang dalam pemasangan dan pengujian cip, hinggalah peringkat akhir pengeluaran semikonduktor, yang merupakan aktiviti bernilai tinggi.

Ia dilihat sebagai langkah strategik untuk memperkukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab semikonduktor dan inovasi terkemuka di rantau ini.

Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
Pulau Silikon adalah usaha bersama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Gamuda Berhad melalui Silicon Island Development Sdn Bhd.

Dibangunkan di atas kawasan seluas kira-kira 2,300 ekar, projek Pulau Silikon yang dianggarkan bernilai RM3.72 bilion ini dirancang untuk menyokong pertumbuhan industri berkaitan kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran berprestasi tinggi, kenderaan elektrik (EV) dan teknologi komunikasi generasi baharu.

Projek ini turut mendapat kelebihan daripada kedudukannya yang berhampiran Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, yang telah lama menjadi lokasi operasi syarikat teknologi global seperti Intel, AMD, Bosch dan Infineon.

Malah, selain menempatkan syarikat-syarikat gergasi E&E, pulau itu juga dijangka akan menjadi rumah kepada pejabat, hotel dan pangsapuri tepi laut dan sekolah.

Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
Pelan perancangan Pulau Silikon.
Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan

Selain menarik pelaburan baharu, Pulau Silikon dijangka mewujudkan sekitar 220,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung menjelang 2050.

Bagi memastikan bekalan bakat yang mencukupi, pelbagai inisiatif pembangunan modal insan turut diperkenalkan termasuk program reka bentuk cip, latihan AI untuk sektor pembuatan dan skim biasiswa bagi generasi muda Pulau Pinang.

silicon island

Aspek kemampanan juga menjadi keutamaan projek ini.

Silicon Island telah menerima pengiktirafan bandar rendah karbon dan bakal menempatkan Green Tech Park yang dirancang menggunakan tenaga boleh diperbaharui sepenuhnya pada fasa awal operasinya.

Lebih daripada sekadar projek penambakan tanah, pembangunan Pulau Silikon dilihat sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi berasaskan teknologi tinggi Malaysia dalam usaha menampung keperluan rantaian global industri elektrik dan elektronik (E&E).

silicon island 2

Dengan mewujudkan ekosistem industri yang lengkap, pembangunan bakat tempatan dan komitmen terhadap kelestarian, projek ini berpotensi menjadi simbol baharu aspirasi negara dalam era digital dan kecerdasan buatan.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY