Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
April 22-24, 2016: NHRA 4 Wide Nationals, Charlotte NC. Goodyear tire

Pembangunan Tayar Kenderaan Kini Menggunakan Mesin Simulator

Diterbitkan Januari 16, 2025 · Dikemas kini Januari 16, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda sangkakan pembangunan tayar masih menggunakan cara menguji tayar sebenar di jalan raya sebelum pengeluaran besar-besaran, anda sebenarnya silap.

Syarikat pengeluar tayar terkemuka Goodyear Tire & Rubber telah mula menggunakan teknologi mesin simulator di Pusat Inovasi Goodyear di Colmar-Berg, Luxembourg.

Simulator dikenali sebagai DiM250 dari VI-grade ini sudah pun mula digunakan sejak tahun 2021 lagi untuk proses pembangunan tayar secara maya.

Pembangunan Tayar Kenderaan Kini Menggunakan Mesin Simulator

Simulator pemanduan ini membolehkan model tayar Goodyear dibangunkan, diuji, dan disahkan pada peringkat awal kitaran pembangunan, sekali gus mempercepatkan penghasilan prototaip.

Ini selaras dengan keperluan pengeluar kenderaan untuk mendapatkan model tayar pada masa yang tepat.

“Keupayaan simulasi ini adalah kelebihan teknologi yang jelas,” kata Chris Helsel, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Teknologi Goodyear.

Dengan DiM250, Goodyear kini berada di barisan hadapan pembangunan tayar maya dan memperoleh kelebihan kompetitif dalam kerjasama dengan OEM automotif serta mempercepatkan pembangunan produk.

VI-grade merupakan penyedia utama perisian simulasi masa nyata dan simulator yang menawarkan penyelesaian untuk memperkemas proses pembangunan kenderaan pengangkutan daripada konsep kepada produk sebenar dalam sektor automotif, aeroangkasa, motosikal, sukan permotoran dan kereta api.

Berkaitan

  • Teknologi Tayar Pancit Pulih Sendiri 'ContiSeal' Diperluas, Harga Bermula RM290
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Inovasi Tayar Motosikal Kalis Pancit Oleh Pasukan USM Juara Minggu Ke-4 Innovathon Musim Ke-2

Sumber: Goodyear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY